BALING: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memberi tumpuan untuk membina rumah baharu serta menggantikan rumah uzur di Kedah dalam usaha menyediakan kediaman yang selesa untuk rakyat di negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa kawasan penempatan yang mempunyai rumah daif dan rumah uzur di bawah tanggungjawab KKDW telahpun dikenal pasti, namun kementerian masih menunggu senarai lengkap daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
"Kita telah ada (jumlah rumah daif dan uzur di Kedah) tetapi jumlah ini mungkin tidak lengkap sebab kita hanya mengikut senarai eKasih.
"Sehubungan itu kita masih menunggu senarai lengkap untuk mengetahui jumlah sebenar yang memerlukan bantuan pembaikan (rumah) ataupun membina baharu ini," katanya.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas program tinjauan mesra di Desa KEDA Sadek di sini hari ini.
Dalam usaha berkenaan, beliau berkata tumpuan akan diberikan terhadap daerah Baling berikutan kawasan itu telah 11 kali dilanda banjir sepanjang penggal Pilihan Raya Umum (PRU14) lepas.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata KKDW melalui KEDA telah membina lapan unit rumah berkembar Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) di penempatan Desa KEDA Sadek di sini pada tahun lepas, yang melibatkan peruntukan RM528,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Ahmad Zahid bercakap kepada media selepas program tinjauan mesra di Desa KEDA Sadek hari ini. -Twitter Bernama
Seorang warga Palestin terkorban diserang polis Israel
Menteri Kesihatan Palestin berkata seorang rakyat Palestin mati ditembak dan lima individu cedera dalam kejadian itu.
AWANI Pagi: 'The Experts' Tampilkan Naskhah Filem Heist Penuh Bergaya
Satu Keluarga, Satu Peluang, Satu Rompakan Terakhir, Filem terbaharu terbitan Astro Shaw ‘The Experts’ sememangnya menjanjikan penonton sebuah kelainan.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Ikuti perkongsian AWANI Pagi bersama pengarah dan pelakon filem ini sendiri dalam merungkai kisah disebalik pembikinan filem ini.
Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler
Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.
reels test 3
AWANI Pagi: Kelip-kelip Keunikan Biodiversiti Malaysia
Kelip-kelip, satu spesis hidupan yang unik dan menyerikan lagi kepelbagaian biodiversiti kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
AWANI Pagi bersama pakar kelip-kelip, Dr Wan Faridah Akmal Jusoh dalam merungkai kepentingannya kepada hidupan seharian kita.
Thailand umum pengecualian visa kepada 93 negara, rancakkan sektor pelancongan
Pengumuman itu membolehkan pelancong dari negara terlibat memasuki Thailand tanpa visa dan boleh tinggal sehingga maksimum 60 hari.
Hamas sedia meterai perjanjian jika Israel tamatkan perang
Namun ia memberi kata putus sedia untuk memeterai perjanjian, termasuk berkaitan pertukaran tahanan, sekiranya Israel menamatkan perang.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
Resolusi dicadang Algeria gagal salahkan Hamas - AS
Vedant Patel berkata, resolusi itu gagal menyatakan bahawa Hamas adalah pihak yang perlu disalahkan dalam konflik Israel-Palestin.
AS sahkan bantuan kemanusiaan ke Gaza tertangguh akibat serangan Israel
Bantuan kemanusiaan AS ke Gaza tertangguh disebabkan serangan Israel. Pentagon juga mengesahkan jeti sementara dibina tentera AS musnah, penghantaran udara terakhir pada 9 Mei lalu.
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masya
TPM Zahid lakukan kunjungan hormat ke atas PM China, Li Qiang
Ahmad Zahid mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di destinasi terakhir bagi rangka lawatan rasminya ke China, hari ini.
MARA Corporation teroka pembuatan kenderaan EV, tenaga boleh diperbaharui dengan syarikat gergasi China
MARA Corporation menempa satu lagi kejayaan dalam bidang perniagaan baharu terutama membabitkan tenaga boleh diperbaharui dan pembuatan bas elektrik.
'Masa depan lepasan SPM kurang cemerlang belum berakhir' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 hari ini.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Ahmad Zahid raikan komuniti, pelajar Malaysia di Shanghai
Pelajar dan rakyat Malaysia di China dianggap sebagai duta kecil dan mereka perlu menjaga imej negara dengan menolak tohmahan serta menjawab segala prejudis serta salah faham berkaitan Malaysia.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.