awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid

Bernama
Bernama
19/08/2024
14:32 MYT
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Ahmad Zahid melihat model rumah ketika hadir pada Majlis Pecah Tanah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) RPT Simpang Tiga, hari ini. - Gambar Bernama
BAGAN DATUK: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk dekat sini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pembinaan itu merangkumi 150 unit rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera PPRS (dahulu dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)) secara berkembar berkeluasan 61.31 meter persegi.
"Istimewanya rumah ini keluasan tapaknya 32 x 65 berbanding biasanya 22 x 65, kuota akan diberikan kepada yang layak tidak kira Melayu, Cina dan India mengikut peratusan penduduk di sinim" katanya pada sidang media dalam Majlis Pecah Tanah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Simpang Tiga, Bagan Datuk di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pihaknya akan memastikan semua pemohon yang layak akan dapat memohon kuota terhadap rumah tersebut.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata jika terdapat Pegawai Daerah yang mempunyai tanah sesuai untuk membina projek tersebut mereka dialukan untuk mencadangkannya kepada KKDW.
Sementara itu, projek RPT Simpang Tiga adalah projek yang dibangunkan di atas tanah kerajaan berkeluasan 7.896 hektar (19.74 ekar) merangkumi penyediaan kemudahan infrastruktur asas yang dilengkapi dengan ameniti sosial seperti dewan terbuka, surau, tadika serta taman permainan untuk kegunaan masyarakat.
Projek tersebut adalah antara projek yang akan dibangunkan di negeri Perak selain di Daerah Perak Tengah, Daerah Muallim dan juga Daerah Kerian berdasarkan keperluan pembangunan yang telah dikemukakan oleh pentadbiran daerah masing-masing melalui pentadbiran Kerajaan Negeri Perak.
Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2026 ini dilaksanakan oleh FELCRA Berhad melalui anak syarikat FELCRA Bina Sdn Bhd dan akan memberi manfaat kepada 750 penduduk sekitar Rungkup sekali gus merealisasikan visi KKDW; Luar Bandar Sejahtera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKDW
#PPK Bagan Datuk
#PPR
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan