awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM akan lakukan projek rintis penggunaan ubat PrEP - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
12/12/2022
12:52 MYT
KKM akan lakukan projek rintis penggunaan ubat PrEP - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata projek rintis itu perlu sebelum ubat berkenaan diperakukan oleh kementeriannya untuk kegunaan awam.
"Penggunaannya telah dikaji. Kita telah bincang dengan pakar-pakar agama untuk tahu dari sudut hukum dan sebagainya dan kalau lihat penggunaannya, bukan hanya kepada golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) tetapi ada beberapa lagi golongan lain yang akan menggunakan untuk hasil lebih baik supaya kita dapat menyekat penularan HIV," katanya.
Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang di sini hari ini.
Penggunaan ubat PrEP dikatakan berkemampuan mengurangkan risiko jangkitan HIV menerusi seks sebanyak kira-kira 90 peratus apabila diambil mengikut preskripsi yang ditetapkan.
Mengenai isu penyelewengan dana berkaitan pengurusan COVID-19 yang dianggarkan sebanyak RM530 bilion, Dr Zaliha berkata di peringkat kementeriannya isu itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.
Pada Jumaat lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan siasatan awal badan itu mendapati jumlah peruntukan yang terlibat berhubung isu penyelewengan dana berkaitan pengurusan COVID-19 dianggarkan sebanyak RM530 bilion.
SPRM memaklumkan daripada jumlah itu RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#ubat PrEP
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan