awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM akan perkenal ujian COVID-19 melalui air liur secara kendiri di rumah

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2021
13:19 MYT
KKM akan perkenal ujian COVID-19 melalui air liur secara kendiri di rumah
Kaedah itu bagi mengesan pesakit yang tidak bergejala yang mungkin sudah dijangkiti mereka yang positif COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan ujian saringan COVID-19 melalui air liur secara kendiri di rumah tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kaedah itu bagi mengesan pesakit yang tidak bergejala yang mungkin sudah dijangkiti mereka yang positif COVID-19.
Beliau berkata buat masa ini, KKM sedang mengenal pasti dua syarikat yang akan membekalkan test kit berkenaan, di mana alat itu sedang dalam proses pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Alatan Perubatan (MDA).
"Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian terhadap kit itu yang dihasilkan oleh dua syarikat berbeza," katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 4,519 kes baharu, 25 kematian
BACA: "Kita belum gagal, namun masih belum menang"- Dr Noor Hisham
BACA: COVID-19: 4 varian membimbangkan termasuk dari UK, India dikesan di Malaysia
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan yang KKM kini memulakan ujian COVID-19 menggunakan persampelan air liur, di beberapa hospital kerajaan.
Berdasarkan penilaian IMR, kaedah itu mempunyai sensitiviti sebanyak 96.67 peratus dan ketepatan iaitu spesifisiti 100 peratus.
Kaedah persampelan itu dilihat lebih selamat dan tidak invasif, berbanding persampelan dengan kaedah 'nasopharyngeal' serta 'oropharyngeal' swab, iaitu melalui hidung dan mulut.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata sekiranya hasil ujian menggunakan test kit itu menunjukkan individu berkenaan positif COVID-19, mereka masih perlu hadir ke fasiliti kesihatan KKM untuk pemeriksaan lanjut.
"Mereka masih perlu melakukan ujian lain. Kita juga akan melatih petugas kesihatan bagi memastikan kaedah pengambilan sampel air liur dilaksana dengan lebih tepat," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, pusat dialisis tidak boleh menjadikan syarat wajib vaksinasi untuk pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan dialisis.
"Tapi mungkin akan sampai satu masa kita (kerajaan), akan cadangkan golongan yang mempunyai sejarah penyakit komorbid perlu mendapatkan vaksin COVID-19," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#ujian saringan
#COVID-19
#air liur
#kendiri
#ujian sendiri
#klinik
#di rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan