KKM batal notifikasi dua produk kosmetik beracun

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, produk terbabit ialah JJF Cream Herba yang mengandungi merkuri dan betamethasone17-valerate, serta JF Cream Treatment yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi dua produk kosmetik selepas dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.
Ringkasan AI
- Kementerian Kesihatan membatalkan notifikasi JJF Cream Herba dan JF Cream Treatment kerana mengandungi merkuri, betamethasone17-valerate, hidrokuinon, dan tretinoin yang boleh membahayakan kesihatan.
- Bahan-bahan seperti merkuri boleh meresap ke dalam badan, menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf, serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak.
- Individu serta syarikat yang melanggar peraturan keselamatan ini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan, manakala orang awam digalakkan menghentikan penggunaan produk dan mendapatkan nasihat kesihatan jika mengalami kesan negatif.
Merkuri dilarang dalam kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf serta boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
"Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," menurut KKM.
Kosmetik yang mengandungi bahan-bahan berkenaan ialah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah serta hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
Betamethasone 17-valerate menyebabkan kulit muka menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kemudaratan.
Hidrokuinon pula boleh menyebabkan bahan kulit yang disapu mengalami kemerahan, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Sementara itu, tretinoin menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik itu dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Kementerian Kesihatan membatalkan notifikasi dua produk kosmetik tersebut? A: Produk kosmetik tersebut mengandungi racun berjadual yang tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
- Q: Apakah bahan berbahaya yang terdapat dalam JJF Cream Herba dan JF Cream Treatment? A: JJF Cream Herba mengandungi merkuri dan betamethasone17-valerate, manakala JF Cream Treatment mengandungi hidrokuinon dan tretinoin.
- Q: Apa kesan penggunaan merkuri dalam kosmetik kepada kesihatan? A: Merkuri boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak.
- Q: Apakah hukuman yang boleh dikenakan kepada individu yang menggunakan produk kosmetik yang mempunyai bahan-bahan berbahaya? A: Individu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
- Q: Apakah nasihat terhadap orang awam yang menggunakan produk-produk kosmetik yang terlibat? A: Orang awam dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaan produk tersebut dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami ketidakselesaan atau kesan advers.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

