PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi agensinya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), memeterai Nota Persefahaman (NoU) Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan hari ini.
Kerjasama itu bagi meningkatkan keupayaan aset serta kualiti penyampaian perkhidmatan kedua-dua pihak kepada masyarakat.
Dalam majlis menandatangani NoU itu, KPKT diwakili Ketua Setiausaha Datuk M Noor Azman Taib manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Datuk Seri Norazman Ayob mewakili KKM, disaksikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Bercakap kepada media selepas majlis tersebut, Dr Zaliha berkata kerjasama itu membolehkan KKM menggunakan aset JBPM serta berkongsi dari sudut pengalaman, kepakaran dan latihan perubatan.
"Ia juga dapat meningkatkan kerjasama bagi pemindahan pesakit dan pasukan perubatan di hospital atau fasiliti kesihatan di seluruh negara terutamanya bagi kawasan Semenanjung Malaysia," katanya.
Nga berkata pengukuhan kerjasama antara KKM dan JBPM adalah mustahak memandangkan isu kesihatan awam dan kebombaan merupakan unsur penting dalam menentukan kesejahteraan masyarakat.
"Di bawah NoU ini, KKM boleh beri latihan kecemasan kepada anggota bomba dan JBPM pula boleh bekerjasama dengan berkongsi pengalaman mengenai kebombaan kepada petugas KKM," katanya.
Nga berkata jalinan kerjasama antara KKM dan JBPM telah bermula sejak 2016 menerusi pendekatan "Strategi Lautan Biru" iaitu satu Surat Pertukaran telah dimeterai bagi kerjasama perkhidmatan prahospital dan ambulans.
Menerusi kerjasama tersebut, JBPM mendapat bantuan daripada KKM berkaitan Latihan Penggerak Balas Pertama (Kursus Asas) iaitu pegawai bomba dilatih sehingga diiktiraf oleh KKM dan seterusnya layak menganggotai Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Kerjasama itu bagi meningkatkan keupayaan aset serta kualiti penyampaian perkhidmatan kedua-dua pihak kepada masyarakat. - Gambar Bernama
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
KKM, bomba jalin kerjasama tingkat kualiti penyampaian perkhidmatan
KKM dan KPKT menerusi agensinya JBPM, memeterai NoU Kerjasama Strategik Bidang Kesihatan dan Kebombaan hari ini.
DBP di peringkat awal ceburi penerbitan digital - Mahdzir Khalid
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah disaran untuk menceburi bidang penerbitan digital bagi memastikan mereka relevan seiring dengan masa kini.
NBOS: Pemimpin muda pemacu inovasi capai status negara maju - TPM
Melalui kreativiti dan inovasi hasil daripada prinsip, kerangka kerja dan perkakasan NBOS, usaha mentransformasikan seluruh negara kini menjadi kenyataan.
Strategi Lautan Biru terpakai kepada semua negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Strategi Lautan Biru (BOS) terpakai kepada semua negara tanpa mengira di mana negara itu berada di dalam "rantaian makanan".