awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM cadang hospital kanak-kanak UKM rawat pesakit COVID-19

Hakim Rahman
Hakim Rahman
23/05/2021
07:31 MYT
KKM cadang hospital kanak-kanak UKM rawat pesakit COVID-19
Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai kapasiti 243 katil termasuk 28 katil rawatan kritikal/ICU (katil saiz dewasa) yang berpotensi digunakan sementara sebagai hospital yang merawat COVID-19. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk menjadikan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) sebagai hospital COVID-19 bagi menangani peningkatan jumlah pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).
Cadangan itu dibuat susulan peningkatan mendadak jumlah pesakit kategori 4 dan 5 yang memerlukan pemantauan dan rawatan di wad ICU.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hospital pengajar yang baru siap dibina dan terletak bersebelahan dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz itu mempunyai kapasiti mencukupi untuk digunakan sementara sebagai hospital COVID-19.
“Hospital ini mempunyai kapasiti 243 katil termasuk 28 katil rawatan kritikal/ ICU (katil saiz dewasa) yang berpotensi digunakan sementara sebagai hospital yang merawat COVID-19, khususnya mereka dengan gejala yang serius.
“Pihak pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah bertemu untuk membincangkan cadangan penggunaan Hospital Pakar Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) sebagai Hospital COVID-19,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Menurut beliau, pemilikan sementara HPKK UKM sebagai hospital sementara COVID-19 dibuat mengikut Seksyen 3 And 4 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dalam usaha menangani pandemik.
Jumlah pesakit ICU di seluruh negara kini naik 60 peratus, manakala Lembah Klang mencatat peningkatan lebih tinggi iatu 94 peratus berbanding tempoh yang sama.
Kata beliau lagi, penggunaan katil ICU di Lembah Klang juga telah melebihi kapasiti 113 peratus, manakala seluruh negara 91 peratus.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#ICU
#unit rawatan rapi
#pandemik
#kesihatan
#Kanak-kanak
#HPKK UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan