awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan

Bernama
Bernama
02/04/2024
14:00 MYT
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta 50 mengenai program Parallel Pathway bagi membolehkan pelatih yang menyelesaikan program itu dengan jayanya, mendaftar sebagai pakar di bawah akta berkenaan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
"Dengan ini, tertakluk kepada keputusan lanjut Jemaah Menteri bagi cadangan pindaan Akta 50. KKM akan mengangkat cadangan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta 50 selewat-lewatnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 Jun ini, bagi penguatkuasaan secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata KKM berharap semua pihak memberikan kerjasama penuh demi kepentingan seluruh pihak berkepentingan, terutamanya pelatih program Parallel Pathway kerana rakyat bergantung kepada perkhidmatan mereka.
"KKM memberi jaminan terhadap kecekapan dan keberkesanan penyampaian sektor kesihatan awam kepada masyarakat dapat terus ditingkatkan di bawah gagasan Malaysia MADANI," katanya.
Dzulkefly berkata sementara menunggu keputusan Jemaah Menteri mengenai akta itu, KKM akan memperkasakan latihan kepakaran melalui program sarjana di negara ini agar program pembangunan kapasiti tempatan kian unggul.
Dalam kenyataan sama, beliau berkata persetujuan bersama telah dicapai dalam satu perbincangan dengan Duta Besar Ireland ke Malaysia Orla Tunney dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia David Wallace agar kerjasama yang sedia terjalin antara KKM serta institusi terlibat diteruskan dan diperkukuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Parallel Pathway
#Kementerian Kesihatan
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan