PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memulakan perbincangan untuk meneliti, merancang dan mencadangkan kepada Majlis Pemulihan Negara (MPN) tentang langkah membuka semula sempadan negara dengan segera dan selamat.
Menurut Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihaknya berpandangan bahawa pembukaan sempadan negara adalah salah satu daripada langkah penting, yang akan menyokong proses pemulihan negara.
"MPN berpandangan bahawa tanpa rancangan yang kemas, penutupan sempadan dalam satu tempoh yang tidak menentu akan memberi kesan kepada cepat atau lambat proses pemulihan negara," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberi taklimat dalam mesyuarat MPN hari ini mengenai trend penularan varian Omicron, serta inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi memastikan penularan varian itu tidak memberi kesan buruk kepada negara, termasuk mengetatkan kawalan sempadan.
Muhyiddin berkata MPN mengesyorkan satu jawatankuasa dibentuk antara kementerian terlibat, untuk mencadangkan langkah membuka semula sempadan negara kepada pihak majlis iaitu "bila dan bagaimana dapat dibuka secara berperingkat."
Beliau berkata MPN turut mengesyorkan agar Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) membuat perancangan awal, bagi persiapan sebelum bencana banjir dan langkah pemulihan pascabanjir yang berlaku setiap tahun.
Katanya NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Kementerian Alam Sekitar dan Air dicadangkan lebih proaktif untuk melihat kepada penggunaan teknologi jangkaan baharu, dalam menangani isu bencana alam sekitar.
Muhyiddin berkata MPN turut mengesyorkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Kementerian Sumber Manusia, memperhalusi langkah untuk menangani isu kekurangan tenaga kerja yang meruncing bagi sektor perikanan laut dalam.
Beliau berkata masalah berkenaan menyebabkan jumlah pendaratan ikan berkurangan dan bekalan ikan di pasaran terganggu, sekali gus menjejaskan pemulihan dalam sektor perikanan.
Astro Awani
Mon Jan 10 2022

Muhyiddin berkata MPN mengesyorkan satu jawatankuasa dibentuk antara kementerian terlibat, untuk mencadangkan langkah membuka semula sempadan negara kepada pihak majlis. - Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: Henti budaya orang tengah | Tiada lagi sekatan besar-besaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Bantuan kepada pesawah | Komander NTF baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan
Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 200 meter dari Pusat Operasi Sukarelawan Perikanan, Pengkalan Pasir Pekan.

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sambutan Aidilfitri kembali normal, hasil usaha dan komitmen kerajaan sejak awal - Muhyiddin
Ia merupakan hasil pendekatan kerajaan sejak awal lagi, dalam menangani penularan wabak COVID-19.

MPN yakin proses pemulihan ekonomi akan kembali rancak
Majlis Pemulihan Negara (MPN) yakin proses pemulihan ekonomi negara akan kembali rancak dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April.

Buka sempadan negara: Kerajaan beri KKM dua, tiga minggu untuk bentangkan cadangan - PM
Perlu ada keseimbangan yang tepat antara keperluan merancakkan ekonomi, serta kebimbangan rakyat tentang penularan COVID-19, sebelum keputusan membuka sempadan negara boleh dicapai.

Cadangan MPN berkaitan buka sempadan hasil persetujuan bersama - Muhyiddin
Pembukaan sempadan amat penting bagi merancakkan kembali ekonomi negara terutamanya sektor perniagaan dan pelancongan.

Keputusan buka sempadan negara diharap tidak bebankan rakyat - Hasni
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, menyokong hasrat kerajaan itu yang dibuat bukan berdasarkan politik semata-mata.

Muhyiddin dijangkiti COVID-19, sedang jalani kuarantin kendiri
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau ketika ini hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.

SOP yang dilaksanakan sudah cukup untuk buka pintu sempadan - Ahli MPN
Menurut Ahli Majlis Pemulihan Negara (MPN), Datuk Michael Kang pintu sempadan perlu dibuka untuk membolehkan pelabur datang ke negara.

Malaysia sentiasa terbuka bagi perniagaan - Muhyiddin
Malaysia sudah tentunya terbuka bagi perniagaan walaupun sempadan negara mungkin sebahagian besarnya masih lagi ditutup buat masa ini, kata Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelan Pemulihan Negara 2.0 perlu dirangka - MPN
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan satu pasukan akan dibentuk untuk menyediakan deraf pelan pemulihan negara yang baharu itu.

KKM dan KDN perlu cadang langkah buka sempadan negara - MPN
Menurut Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihaknya berpandangan bahawa pembukaan sempadan negara adalah salah satu daripada langkah penting, yang akan menyokong proses pemulihan negara.