KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan bagi bakal haji Malaysia musim ini seperti tahun sebelumnya.
Jelas TH, meskipun negara menuju fasa endemik, namun Malaysia perlu menghormati keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang masih mengklasifikasikan COVID-19 sebagai pandemik.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata saringan kesihatan yang ketat pada musim haji lalu adalah satu langkah yang berkesan apabila peratusan jemaah haji yang mendapatkan rawatan pesakit luar dan dimasukkan ke dalam wad amat rendah berbanding tahun-tahun
sebelum ini.
"Selaras dengan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan KKM, setiap bakal jemaah haji Malaysia wajib menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor di klinik-klinik yang diiktiraf. Langkah ini adalah bagi memastikan jemaah haji Malaysia berada pada tahap kesihatan yang optimum.
“Insya-Allah, surat tawaran haji akan dikeluarkan bermula 22 Mac 2023. Semua bakal haji Malaysia boleh menyemak dan menjawab tawaran haji melalui www.thijari.com.my atau memuatnaik aplikasi THiJARI bagi tujuan tersebut," maklumnya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Ujarnya, keputusan mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan jemaah haji itu bagi menjamin setiap mereka berada pada tahap kesihatan baik fizikal dan mental.
Ia meliputi menetapkan Indeks Jisim badan (BMI) tidak melebihi 40, penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes yang stabil serta tiada penyakit serius seperti kanser, penyakit paru-paru kronik dan sebagainya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan sama berkata, pemeriksaan kesihatan bakal haji amat penting dijalankan oleh KKM dengan kerjasama TH.
"Ibadat haji memerlukan kekuatan fizikal dan mental, maka aspek kesihatan harus dititikberatkan oleh semua bakal haji bermula di tanah air lagi. Pemeriksaan kesihatan adalah satu langkah positif agar semua jemaah haji Malaysia mempunyai tahap kesihatan baik kerana ibadat haji melibatkan jutaan jemaah dari seluruh dunia.
"Semasa di tanah suci, jemaah haji juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka semasa berada di tempat sesak, elakkan daripada berhubung dengan mereka yang bergejala dan menjalani ujian RTK-Ag COVID-19 kendiri sekiranya mendapati diri bergejala," jelasnya lagi.
Fareez Azman
Tue Mar 21 2023

Keputusan mengekalkan kriteria pemeriksaan kesihatan jemaah haji itu bagi menjamin setiap mereka berada pada tahap kesihatan baik fizikal dan mental. - Fail/FB TH

Amber Heard seronok duduk Sepanyol, sudah move on daripada Johnny Depp
Setelah melalui episod perceraian dan perseteruan di mahkamah yang tidak menyebelahinya, Amber Heard membawa diri berpindah ke Sepanyol.

ARC: Skuad Bunga Raya tumpas kepada Korea Selatan
Skuad ragbi 15 Sebelah (15s) negara terpaksa akur dengan keampuhan Korea Selatan selepas tewas 3-27, pada Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2023 di Stadium Saidina Hamzah, UIAM.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Jun 2023.

Kenyataan Perancis tolak sebarang cubaan mencabar kedaulatan Malaysia - Zambry
Zambry dan Colonna membincangkan usaha-usaha bersama dalam menangani isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun hilang, dikhuatiri lemas, ketika mandi di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, hari ini.

Netizen samakan Watie dengan watak Anjali Sharma dalam filem Kuch Kuch Hota Hai
Masih tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya majlis pernikahan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu dengan pilihan hatinya, Watie Hanafiah.

119 kru terselamat selepas kapal perang terbakar di Indonesia
Sebuah kapal tentera laut Indonesia (TNI AL) dilaporkan terbakar berdekatan perairan Selayar, di Sulawesi Selatan pada Sabtu, manakala seramai 119 anak kapalnya dilaporkan selamat.

Ketua Polis P. Pinang tidak tunduk dengan ugutan
Katanya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan atau ancaman oleh mana-mana sindiket haram terhadapnya.

MATA dalam misi tarik jemaah haji dan umrah China untuk transit ke Malaysia
MATA sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Makanan Malaysia mudah didapati di Makkah
Nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, laksam, kuih-muih dan teh tarik antara menu yang terdapat di sini.

Jemaah haji diseru terus kekalkan nama baik Malaysia di tanah suci - Menteri Agama
Jemaah haji Malaysia yang bakal menunaikan ibadah haji di tanah suci diharapkan terus mengekalkan nama baik Malaysia.

Pusat Rawatan Madinah lengkap pelbagai kemudahan, doktor pakar
Dr Abdul Jalil Ahmad berkata pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi, ambulans dan makmal perubatan.

9,078 jemaah haji sudah berada di Tanah Suci
Mereka adalah jemaah yang telah berlepas 21 Mei lalu melibatkan 30 daripada 98 penerbangan.

Kos operasi Masyair kekal hingga 2025 - TH
Kos operasi Masyair kekal hingga 2025 selepas Tabung Haji (TH) dan syarikat muassasah, Mashariq menandatangani kontrak perjanjian aras khidmat (SLA) selama tiga tahun bermula tahun ini.

Pusat khidmat pelanggan TH ditambah baik
Kategori itu adalah aduan, permohonan, cadangan, penghargaan dan pertanyaan, sekali gus memudahkan tindakan sewajarnya diambil.

Pelajar Malaysia di Madinah bantu aktiviti ziarah jemaah haji
Muzawwir diperuntukkan bagi setiap bas jemaah haji untuk menerangkan sejarah Madinah dan tempat-tempat yang dilawati.

Lebih 500 jemaah haji Malaysia masuki Mekah esok
Pihaknya telah bersedia sepenuhnya menyambut ketibaan jemaah haji berkenaan yang akan ditempatkan di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji (TH) di sini.

Jemaah haji diminta waspada cuaca panas, elak strok haba - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan bakal jemaah haji supaya berwaspada dengan cuaca panas di Arab Saudi.

Kumpulan pertama 284 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci pada Ahad
Kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah haji Malaysia bakal berlepas ke Tanah Suci pada awal pagi Ahad dengan penerbangan Malaysia Airlines.