awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Legacy 30 Siti Nurhaliza: Antara nostalgia, kecekalan dan cita-cita baharu tiga dekad
MAIS ingatkan umat Islam tidak sertai aktiviti, tolak sebarang cubaan normalisasi budaya LGBT
PRK Kinabatangan tiga penjuru, DUN Lamag satu lawan satu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM galakkan pelajar bergejala pakai pelitup muka

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
12/06/2020
12:35 MYT
KKM galakkan pelajar bergejala pakai pelitup muka
Terdahulu, Kementerian Pendidikan memaklumkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun ini.
Menjelang sesi pembukaan semula sekolah pada 24 Jun ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan mana-mana pelajar yang didapati bergejala supaya memakai pelitup muka.
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, amalan penjarakan sosial juga mampu mengurangkan lebih 65 peratus risiko jangkitan COVID-19.
“Apa yang penting adalah mereka yang mempunyai gejala digalakkan memakai pelitup muka.
“Jika tidak, kita melihat kepada (amalan) penjarakan sosial.
“Jadi, jika mereka mematuhi penjarakan sosial, ia mampu mengurangkan lebih 65 peratus risiko jangkitan. Bagaimanapun, jika mereka batuk, mereka perlu memakai pelitup muka,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan memaklumkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun ini.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Media
#Pakai pelitup muka
#penjarakan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan