awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM guna AI, kenal pasti "hotspot" denggi - Dzulkefly

Bernama
Bernama
22/07/2025
07:48 MYT
KKM guna AI, kenal pasti "hotspot" denggi - Dzulkefly
Dzulkefly berkata sistem AI yang sedang dibangunkan akan menggunakan pendekatan predictive untuk mengesan lebih awal kawasan titik panas penularan denggi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai satu cara untuk mengenal pasti kawasan hotspot atau titik panas wabak denggi, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Ringkasan AI
  • KKM sedang bangunkan sistem AI untuk kenal pasti hotspot denggi secara ramalan, bertujuan mengesan awal kawasan berisiko tinggi penularan wabak.
  • Jumlah kematian akibat denggi tahun ini (21 kes) melebihi COVID-19 (1 kes), namun menunjukkan penurunan ketara berbanding 117 kematian pada tahun lalu.
  • Program nyamuk berwolbachia di 45 lokaliti capai keberkesanan sehingga 100%, dan Selangor kekal negeri tertinggi kes denggi, diikuti Kuala Lumpur.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Dzulkefly berkata sistem AI yang sedang dibangunkan oleh KKM itu akan menggunakan pendekatan predictive atau ramalan untuk mengesan lebih awal kawasan titik panas penularan denggi.
"Kematian akibat denggi kini melebihi COVID-19, dengan tahun ini sebanyak 21 kematian dicatatkan manakala COVID-19 hanya satu.
"Bagaimanapun, jumlah itu merupakan penurunan kerana tahun lepas terdapat 83,000 kes dengan 117 kematian," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat).
Dr Ahmad Yunus ingin tahu mengenai inisiatif KKM untuk menggalakkan program berkaitan bagi menangani wabak denggi terutama di kawasan hotspot berulang.
Dzulkefly berkata ketika ini Selangor mencatatkan kes tertinggi demam denggi diikuti Kuala Lumpur.
Selain itu, beliau turut memaklumkan program nyamuk berwolbachia yang dilaksanakan di 45 lokaliti menunjukkan keberkesanan antara 45 hingga 100 peratus dalam mengawal populasi nyamuk Aedes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#denggi
#Dzulkefly Ahmad
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan