JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan membantu dalam menyelesaikan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor dengan menghantar doktor dan jururawat ke dua hospital utama di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan KKM yang turun padang melawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini semalam.
Beliau berkata Johor ketika ini mengalami isu kekurangan kira-kira 2,800 kakitangan kesihatan khususnya doktor dan jururawat, yang antaranya turut menyebabkan dua wad di HSI tidak dapat beroperasi.
"Perbincangan dengan KMM semalam adalah sangat positif, mereka akan cuba bantu Johor khususnya kedua-dua hospital utama (HSA dan HSI) untuk tambah staf kesihatan dari segi doktor dan jururawat.
"Masalah kekurangan itu turut menyebabkan dua wad di HSI tidak dapat beroperasi. Justeru, pihak KKM beri jaminan kepada Johor, mereka akan bantu untuk hantar doktor dan jururawat secukupnya, bagi memastikan keutamaan dua wad itu dapat beroperasi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Johor 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.
Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ling berkata demikian ketika mengulas mengenai Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menghadapi isu kekurangan kakitangan kesihatan khususnya doktor dan jururawat.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri komited dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi di hospital-hospital awam di seluruh Johor bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat di negeri itu.
Beliau berkata isu tersebut, merupakan antara isu legasi yang mahu diselesaikannya selain masalah kesesakan di pintu sempadan negara dan kerosakan jalan.
Semalam, Onn Hafiz menerusi hantaran di laman Facebook beliau menyeru kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor pada kadar segera.
Terdahulu Onn Hafiz sempena Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Johor 2023, turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM200,000 untuk dimanfaatkan seramai lebih 8,000 jururawat di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023
Tian Soon berkata Johor ketika ini mengalami isu kekurangan kira-kira 2,800 kakitangan kesihatan khususnya doktor dan jururawat. - Fail/Bernama
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KKM jamin bantu hantar doktor, jururawat ke Johor - Exco
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan akan membantu dalam menyelesaikan isu kekurangan kakitangan kesihatan di Johor.