PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melihat perkembangan semasa penularan COVID-19 di Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya melibatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini Malaysia masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan semua sektor dibenarkan beroperasi.

“Setakat ini kita masih dalam PKPP. Jadi kita benarkan semua sektor iaitu ekonomi, sosial, sukan dan sektor pelajaran. Setakat ini dalam kawalan iaitu PKPP.

“Tapi kita belum putuskan dan sedang perhatikan perkembangan terkini. Kalau perkembangan terkini menunjukkan kes merebak dengan cepat, mungkin kita akan lihat tindakan-tindakan susulan.

“Setakat ini masih dalam PKPP,” katanya dalam sidang media khas berkaitan COVID-19 di sini pada petang Jumaat.

BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)

BACA: COVID-19: 287 kes hari ini, tertinggi dalam sejarah