KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau hospital-hospital di seluruh negara susulan indikator kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) Malaysia meningkat kepada angka 1.0, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Khairy dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya semalam turut menggesa individu yang telah diberi temu janji dos penggalak COVID-19, agar mengambil dos berkenaan.
"Warga emas, jika boleh, perlu mengelakkan tempat yang sesak . Amalkan #TRIIS (lakukan uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan rawatan segera)," ciap beliau.
Nilai R-Naught merujuk kepada tahap keberjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa banyak kes yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di akaun Twitter beliau menyifatkan, peningkatan semula kadar kebolehjangkitan bermakna kes harian semakin mendatar.
"Kebimbangan kita (Kementerian Kesihatan) adalah jika ia (kes harian) kembali meningkat," katanya.
Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kumpulan rentan dinasihatkan supaya mendapatkan segera dos penggalak apabila janji temu diberi.
Beliau turut melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif COVID-19 negara selama empat hari berturut-turut apabila sebanyak 6,323 kes baharu COVID-19 dicatatkan Khamis.
Sebelum itu, kes harian COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend penurunan dengan 4,343 kes baharu dicatat pada Ahad sebelum ia meningkat semula mulai Isnin sehinggga semalam. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Khairy gesa individu yang telah diberi temu janji dos penggalak COVID-19, agar mengambil dos berkenaan. - Gambar fail
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
PKNP kenal pasti kawasan berpotensi dibangunkan sekitar ECRL
PKNP kenal pasti beberapa kawasan berpotensi dibangunkan di sekitar stesen ECRL yang sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi penduduk setempat dan negeri Pahang.
Mahu kongsi khasiat, bekas guru agama buka ladang dhab pertama di Malaysia
Seorang bekas guru agama membuka sebuah ladang ternakan dhab atau nama saintifiknya Uromastyx aegyptia yang pertama di negara ini.
UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.
10 Berita Pilihan - (08 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Taikun dipenjara terkait kes cubaan bunuh dua dekad lalu
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Seorang ahli perniagaan Ukraine yang kini dipenjara akibat kes penipuan dan penyelewengan wang turut berdepan sabitan cubaan membunuh dalam kes yang berlaku lebih dua dekad lalu. Polis Ukraine dalam kenyataan mendedahkan bahawa Ihor Kolomoisky berkemungkinan bertanggungjawab sebagai dalang cubaan membunuh seorang peguam dalam konflik berkaitan hal korporat lebih dua tahun lalu.
Pesawat FedEx mendarat cemas akibat masalah gear pendaratan
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye kerana berhadapan dengan masalah pada gear pendaratannya. Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu itu, kesemua kru telah dipindahkan dengan selamat daripada pesawat milik syarikat penghantaran Amerika Syarikat, FedEx.
Rasuah $10.9 Juta: Timbalan Menteri Pertahan kekal dipenjara
Mahkamah Rusia pada Rabu menolak rayuan pembebasan yang dikemukakan oleh timbalan menteri pertahanan negaranya, Timur Ivanov yang kini disabitkan bersalah dalam kes rasuah bernilai 10.9 juta dolar Amerika. Ivanov yang kini berada dalam proses 'pra-perbicaraan kini masih ditahan di penjara dan permohonannya untuk melalui proses penahanan di rumah ditolak mahkamah yang mana ia adalah merupakan skandal rasuah terbesar melibatkan menteri kabinet negara itu untuk sekian lama.
Mayat terakhir pekerja dalam runtuhan jambatan AS ditemui
Mayat keenam dan terakhir kemalangan sebuah kapal kontena melanggar jambatan Francis Scott Key, Baltimore Amerika Syarikat ditemui pada Selasa. Mayat yang ditemui itu dikenali sebagai Jose Mynor Lopez, 37 tahun, seorang pekerja binaan di jambatan berkenaan berasal dari Baltimore, Maryland.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.