KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat Sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan, sama seperti pegawai perubatan tetap.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata ia merupakan antara langkah untuk menjamin masa depan pegawai perubatan kontak selain melihat kepada tempoh kontrak yang diberikan kepada mereka.
"Hadiah Latihan Persekutuan sebelum ini hanya diberikan kepada pegawai perubatan tetap, manakala pegawai perubatan kontrak hanya boleh memohon melalui Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway.
"Jadi kita juga mahu memberi kemudahan yang sama kepada pegawai perubatan kontrak agar mereka boleh melanjutkan pendidikan kepakaran di IPTA negara ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Rosnah Aluai (PH-Tangga Batu) yang meminta KKM menyatakan rancangan untuk menjamin masa depan doktor kontrak agar negara tidak mengalami 'brain drained' atau penghijrahan cerdik pandai pada masa akan datang.
Khairy berkata negara ketika ini tidak kekurangan siswazah dalam bidang perubatan sebaliknya kekurangan doktor pakar.
Pada masa ini terdapat 13,000 doktor pakar berbanding keperluan seramai 28,000 menjelang tahun 2023.
Khairy juga menjelaskan bahawa bermula 2016 terdapat peningkatan mendadak bilangan graduan dalam bidang perubatan, sekitar 5,000 sehingga 6,000 setiap tahun berbanding 3,000 sahaja sekitar 2009 sehingga 2015.
"Ini menyebabkan tekanan tinggi untuk mereka dilantik ke jawatan tetap selepas mereka melengkapkan latihan siswazah dan tempoh khidmat wajib... sehubungan itu mulai Oktober 2016, diputuskan graduan perubatan ditawarkan jawatan secara kontrak.
"Ia juga disebabkan dasar kawalan saiz perkhidmatan awam dan kawalan perbelanjaan secara berhemah kerajaan, jadi bukan semua akan dilantik secara tetap," katanya.
Bagaimanapun katanya, pegawai perubatan kontrak ini diberikan emolumen setara dengan pegawai lantikan tetap, termasuk kemudahan seperti pinjaman kenderaan dan komputer, kuarters serta kemudahan cuti berdasarkan penguatkuasaan sedia ada.
"Kerajaan juga mewujudkan jawatankuasa khas pada 20 Ogos lepas bagi menangani isu doktor kontrak yang fokus kepada beberapa perkara termasuk meneliti dan mengemukakan permohonan bagi jawatan tetap tambahan mengikut keperluan fasiliti, mewujudkan strategi bagi meningkatkan peluang pekerjaan bagi mereka di kementerian lain, agensi kerajaan dan swasta serta mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi meminda Akta Pencen 1980 atau memperkenalkan akta setara," katanya.
Khairy berkata jawatankuasa itu akan dianggotai wakil JPA, Perbendaharaan, Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Pengajian Tinggi dan agensi KKM.
Pada 23 Julai, kerajaan mengumumkan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
KKM pertimbang doktor kontrak lanjut pelajaran peringkat pakar setara Hadiah Latihan Persekutuan - Khairy
KKM sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat Sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan.
Segera serap doktor kontrak ke jawatan tetap - UNI-MLC
Tegas beliau, mereka juga merupakan manusia yang memerlukan taraf kerja dan kehidupan yang lebih baik.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Hartal Doktor Kontrak: PDRM atur penugasan pasukan pemantauan SOP - KPN
PDRM akan mengatur penugasan pasukan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memantau protes melibatkan doktor kontrak yang dijadual pada Isnin.
Doktor kontrak tidak akan hadir bertugas jika kerajaan gagal beri penjelasan
Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberikan tempoh tiga minggu untuk kerajaan menyelesaikan kemelut kedudukan doktor kontrak kerajaan sebelum meneruskan mogok untuk tidak hadir bertugas.