KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dalam peringkat kajian untuk mengawal harga ujian saringan RT-PCR di hospital awam dan swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengawalan harga itu boleh dilaksanakan menerusi Ordinan Darurat.

Menurut beliau, KKM menyedari terdapat perbezaan harga terhadap ujian tersebut berikutan permintaan yang tinggi.

"Sekarang kita dalam (perintah) darutat, kita akan menggunakan beberapa kaedah untuk membantu kita dalam tempoh terdekat untuk melaksanakan beberapa perkara.

"Sekarang ini kita akan susuli sama ada kita mengawal harga ujian makmal di sektor swasta dan juga awam. Kita akan proses dan kaji untuk menetapkan serta mengawal harga ujian," katanya dalam sesi Libat Urus dalam talian pada Jumaat.