awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
Dapur Siswa, MADANI ResQ Pek bantu pelajar UUM
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM sedang teliti peranan TPA - Dzulkefly

Bernama
Bernama
01/10/2025
20:45 MYT
KKM sedang teliti peranan TPA - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata, isu TPA telah dibincangkan di Kabinet dan memerlukan penelitian bersama beberapa kementerian berkaitan termasuk KPDN. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti cadangan untuk mengawal selia pentadbir pihak ketiga (TPA) yang mengurus tuntutan insurans kesihatan, susulan desakan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) agar TPA tidak mencampuri urusan profesional doktor dalam merawat pesakit.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, isu TPA telah dibincangkan di Kabinet dan memerlukan penelitian bersama beberapa kementerian berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"TPA ini telah menjadi satu agenda yang diperhatikan KKM. Ia telah dibentangkan ke Kabinet tetapi bidang kuasanya bukan hanya terletak di tangan KKM, ia turut melibatkan kementerian lain.
"Kami sedang bekerjasama bagi mencari penyelesaian," katanya selepas menyertai operasi penguatkuasaan penuh Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), di sini, pada Rabu.
Baru-baru ini, MMA dilaporkan mendesak kerajaan mengawal selia TPA susulan pekeliling baharu yang dikeluarkan oleh TPA bagi sebuah institusi kewangan terkemuka yang mewajibkan preskripsi ubat jangka panjang ditulis menggunakan nama bahan aktif sahaja.
Dzulkefly berkata, dasar KKM berhubung penggunaan ubat generik kekal jelas iaitu diterima pakai selagi terbukti selamat dan berkesan.
"Selagi ubat generik itu melalui ujian bio-equivalence dan bio-ability studies umpamanya dari segi keselamatan dan keberkesanan dan menunjukkan keberkesanan setara dengan ubat asal, polisi kerajaan dan KKM adalah menggunakannya tanpa masalah," katanya.
Mengulas mengenai isu pelawat yang didakwa dihalang masuk ke hospital kerana tidak mengikut kod pakaian, Dzulkefly menegaskan, penggunaan budi bicara wajar menjadi keutamaan.
"Sebenarnya pelawat itu dibenarkan melawat keluarga, cuma pihak keselamatan menasihati mengenai pematuhan kod berpakaian. Saya mahu perkara ini tidak dibesarkan.
"Kita memang ada garis panduan tetapi yang lebih penting ialah budi bicara dan komunikasi yang baik. Apa yang utama ialah pelawat dapat menziarahi pesakit dengan tertib," katanya.
Beliau menambah, peraturan berkaitan pakaian di hospital seharusnya dilaksanakan secara berhemah tanpa menjejaskan tujuan utama membolehkan pesakit menerima sokongan daripada ahli keluarga.
Media sebelum ini melaporkan seorang wanita mendakwa tidak dibenarkan masuk ke Hospital Cyberjaya kerana memakai baju tanpa lengan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#Pentadbir Pihak Ketiga
#TPA
#tuntutan insurans
#MMA
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan