awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM segerakan pembaikan klinik kesihatan terjejas banjir - Timbalan Menteri

Bernama
Bernama
30/12/2021
06:04 MYT
KKM segerakan pembaikan klinik kesihatan terjejas banjir - Timbalan Menteri
Datuk Dr Noor Azmi Ghazali melakukan tinjauan pasca banjir di Klinik Kesihatan Batu 14 bagi melawat penduduk serta petugas kesihatan di kawasan sekitar Hulu Langat yang terjejas akibat banjir, hari ini. - Bernama
HULU LANGAT: Kerja-kerja pembaikan klinik kesihatan (KK) dan fasiliti kesihatan yang terjejas akibat banjir kini sedang disegerakan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata keutamaan KKM adalah memastikan perkhidmatan kesihatan di kawasan terjejas dapat bersambung semula secepat mungkin.
"Memang banyak klinik kesihatan dan fasiliti kesihatan di bawah KKM yang terjejas dan ditutup akibat banjir. Kita belum mendapat anggaran kerugian, tetapi kita telah bergerak memperbaiki kemudahan yang rosak agar klinik dapat dibuka segera untuk pesakit mendapat kemudahan perubatan dengan cepat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau tiga klinik kesihatan yang terjejas akibat banjir di kawasan Hulu Langat di sini hari ini, iaitu KK Hulu Langat Batu 14, Klinik Desa Dusun Tua dan Klinik Desa Batu 18.
Sebelum ini KK Hulu Langat ditutup seminggu dan kini telah dibuka semula untuk menerima pesakit., manakala dua lagi klinik masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan dijangka dibuka minggu depan.
Dr Noor Azmi berkata KKM sentiasa bersiap siaga bagi mendepani penyakit berjangkit bawaan air seperti kencing tikus dan penyakit kulit yang biasanya akan muncul ketika musim banjir.
"Walaupun kita tidak menerima sebarang laporan penyakit tersebut di tahap yang kritikal tetapi kita telah lengkapkan fasiliti kesihatan di kawasan terjejas dengan bekalan ubat-ubatan sesuai untuk persediaan mengawal penyakit tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Klinik kesihatan
#KKM
#Noor Azmi Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan