PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan penawaran 4,914 kekosongan jawatan tetap bagi tahun ini.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, ia merangkumi 4,263 jawatan bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).
Menurutnya, permohonan itu dibuka bermula hari ini sehingga 21 Jan depan dan boleh dipohon menerusi portal https://spa9.spa.gov.my.
“Saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap dan betul,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM di sini, hari ini.
Mengenai peruntukan KKM dalam Belanjawan 2023 yang disemak dan akan dibentangkan pada 24 Feb ini, Dr Zaliha optimis kementerian itu akan menerima peruntukan lebih tinggi tahun ini berbanding RM32.41 bilion yang diterima pada 2022.
Bagi tahun ini, katanya KKM menjangkakan lebih 30 projek pembangunan fasiliti kesihatan dapat diserah dan dijangka beroperasi, antaranya Hospital Pendang (Kedah) dan Hospital Kemaman (Terengganu).
“Dengan siapnya projek ini, diharap perkhidmatan kesihatan yang lebih baik akan dapat diberikan dan memenuhi keperluan penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.
Umavathi Ramayah
Fri Jan 06 2023

Dr Zaliha berucap pada majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM di Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

6 fasiliti terjejas teruk banjir akan dibaik pulih dalam tempoh 6 bulan - Dr Zaliha
Enam fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor yang terjejas teruk akibat banjir, akan dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.

Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dr Zaliha
Sebanyak 25,391 kes penyakit berkenaan dilaporkan pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3,664 atau 17 peratus berbanding 21,727 kes, sepanjang tempoh sama tahun sebelumnya.

KKM kemuka senarai fasiliti kesihatan daif kepada MOF dalam masa terdekat
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau menyedari keperluan menaik taraf 400 fasiliti kesihatan sedia ada yang nazak di seluruh negara.

KKM pertimbang peruntukan khas pendigitalan rekod pesakit HKL
Hospital berusia lebih 150 tahun kini bergantung kepada kaedah manual untuk merekodkan kira-kira 16,000 data pesakit dalam tempoh sehari.

Slot latihan pengajian kepakaran program sarjana perubatan ditingkatkan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan sehingga 1,500 slot latihan pengajian kepakaran Program Sarjana Perubatan mulai tahun ini.

KKM galak penyertaan GP, doktor kontrak jayakan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Sokongan itu dapat membantu KKM mengurangkan beban tugas dalam kalangan petugas kesihatan dan memberikan perkhidmatan terbaik.

Lebih 9,000 pesakit jalani dialisis setiap setahun - Dr Zaliha
Statistik mendapati satu daripada setiap tujuh rakyat Malaysia mengalami penyakit buah pinggang kronik.

Kertas Putih Kesihatan permulaan reformasi sistem kesihatan negara - Dr Zaliha
Kertas Putih Kesihatan adalah permulaan perjalanan reformasi sistem kesihatan Malaysia untuk diteruskan sekiranya diterima, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Orang Wilayah Persekutuan banyak masalah, kemurungan tertinggi di Malaysia - Dr Zaliha
Wilayah Persekutuan merekodkan peraturan penduduk tertinggi yang mengalami masalah kemurungan dan anxiety.

KKM pantau penyakit bawaan air pascabanjir - Dr Zaliha
KKM akan memantau sebarang penyakit bawaan air terutama kencing tikus (leptospirosis) dan keracunan makanan.