KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menerbitkan Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia bagi 2020 hasil semakan semula Panduan Diet dan Piramid Makanan terbitan 1999 dan 2010 selepas mengambil kira perubahan status dan corak pemakanan penduduk di negara ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata semakan semula itu turut mengambil kira peningkatan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan seperti obesiti, diabetes dan hipertensi serta saranan pengambilan nutrien terkini untuk rakyat di negara ini.
"Panduan Diet Malaysia 2020 disasarkan kepada golongan dewasa berumur 18 hingga 59 tahun. Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 mesej utama, iaitu lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak minum air kosong setiap hari.
"Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi penting untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Adham berkata pengambilan enam hingga lapan gelas air kosong sehari dapat memastikan kesihatan dan fungsi tubuh yang baik.
Jelasnya bagi memudahkan rakyat memahami dan mengamalkan pemakanan sihat, Piramid Makanan Malaysia 2020 dalam bentuk bergambar digunakan sebagai terjemahan Panduan Diet Malaysia 2020.
Beliau berkata Piramid Makanan Malaysia 2020 mengandungi empat aras dengan lima kumpulan makanan, iaitu jenis makanan pada dasar piramid perlu diambil lebih banyak berbanding makanan lain.
"Piramid Makanan Malaysia 2020 merupakan rujukan dalam perancangan pengeluaran dan import makanan negara oleh kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan sekuriti makanan dan pemakanan penduduk.
"Rakyat juga diseru mengamalkan pengambilan makanan berdasarkan Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia 2020," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021

Kementerian Kesihatan (KKM) menerbitkan Panduan Diet Malaysia dan Piramid Makanan Malaysia bagi 2020. - Foto: KKM

Runtuhan Lombong | Lima masih hilang, operasi pencarian diteruskan
Beberapa individu tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong haram di Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Khamis. Dalam kejadian yang berlaku di daerah Parigi Moutong di Sulawesi Tengah, 15 individu berjaya diselamatkan. Tiga bagaimanapun menemui ajal.

Bakat Luar Biasa | Harimau menyanyi jadi tarikan orang ramai di zoo
Seekor anak harimau di sebuah zoo di bandar Barnaul, Siberia kini mempunyai peminat di seluruh rusia apabila sebuah video seolah-olah haiwan itu menyanyi tersebar di media sosial. Menerusi paparan video itu, harimau berusia 10 bulan itu mengeluarkan alunan suara unik seakan-akan menyanyi.

Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021.

No To Lanun | Kehidupan seniman patut lebih senang jika…
Penggiat seni di Malaysia sepatutnya boleh menjalani hidup dengan selesa, malah ramai juga yang mampu bergelar jutawan. Namun perkara itu tidak terjadi kerana hak dan kebajikan mereka tidak dijaga seperti sepatutnya.

Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tiada keperluan untuk menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.

Barisan Nasional | MIC akan bincang kerjasama Bersatu dengan BN
MIC akan berbincang dengan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sama ada akan mempertahan atau menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kebakaran Hutan | Kawasan hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands dekat Kampung Chindu terbakar pada petang Khamis. Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5 petang.

Vaksin COVID-19 | Tiada kesan sampingan setakat ini - PM
Memasuki hari kedua sejak mendapat suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech pada Rabu lalu. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keadaannya setakat ini baik-baik sahaja. Malah, tiada kesan sampingan dan membuktikan vaksin yang diterima selamat dan diyakini berkesan.

Selepas 24 jam... "Alhamdulillah, tiada gejala langsung" - Dr Noor Hisham
"Alhamdulillah, tiada gejala langsung," itu respon Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Astro AWANI selepas 24 jam beliau disuntik vaksin COVID-19. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan itu turut akui tidak mengalami sebarang gejala dan boleh melaksanakan tugasnya seperti biasa.

Pekerja Asing | 294 majikan di Kedah gagal sedia penginapan sesuai
Seramai 294 majikan di Kedah dikesan melakukan pelbagai kesalahan melibatkan penyediaan penginapan yang sesuai kepada pekerja dalam operasi taskforce COVID-19. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pekerja dipaksa tinggal di ruang sesak dan tidak selesa selain menempatkan pekerja asing berbeza jantina didalam bilik penginapan yang sama.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Kes kembali bawah 2,000, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM 25 Feb
Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

COVID-19: 8 kluster baharu direkodkan, 5 berkaitan tempat kerja
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perindustrian Pelepas (55 kes), Kluster Tanjung Suria (47 kes), dan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

COVID-19: 1,924 kes baharu, 12 kematian direkodkan
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,918 adalah kes tempatan manakala enam kes merupakan kes import.

PKPD di tiga lokaliti di Besut ditamatkan - Ismail Sabri
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu akan ditamatkan pada 27 Februari ini.

Lima fokus utama sidang media Ismail Sabri hari ini
Seramai 460 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, 388 daripadanya dikompaun manakala 70 lagi individu direman dan dua dijamin.

Ketua Polis Kuala Muda ketuai penerima suntikan vaksin
Seramai 680 anggota dan pegawai polis di daerah ini sudah mendaftar untuk penerimaan vaksin ini.

COVID-19: Negeri Sembilan lapor kes tertinggi, ini perincian kluster baharu hari ini
Negeri Sembilan melaporkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 1,392 kes (39.3 peratus).

3,545 kes baharu COVID-19, lebih 1,000 kes direkod di Negeri Sembilan
Negeri Sembilan menjadi negeri tertinggi dengan 1,392 yang disahkan, ia diikuti dengan Selangor (581 kes).

Hostel Centennial dan Kampung Acheh di Sitiawan dikenakan PKPD
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira peningkatan kes terhadap kesemua lokaliti tersebut.