awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM terima kertas cadangan penubuhan Pusat Kanser Sarawak

Azizah Alwi
Azizah Alwi
26/09/2021
08:59 MYT
KKM terima kertas cadangan penubuhan Pusat Kanser Sarawak
Khairy berharap kita dapat menyakinkan pihak Unit Perancangan Ekonomi untuk meluluskan penubuhan pusat kanser di Sarawak. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menghantar kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk mendapatkan kelulusan penubuhan Pusat Kanser Sarawak.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya telah menerima kertas cadangan daripada Kerajaan Negeri Sarawak berhubung hasrat mereka untuk mewujudkan pusat rawatan di negeri itu.
“Kita sudah menerima kertas cadangan tersebut dan Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian juga ada menyebut berkenaan dengan pusat kanser di Sarawak. Kita akan menghantar cadangan tersebut kepada Unit Perancangan Ekonomi untuk dipertimbangkan.
“Kita berharap kita dapat menyakinkan pihak Unit Perancangan Ekonomi untuk meluluskan penubuhan pusat kanser di Sarawak,” katanya semasa ditemui oleh pemberita ketika melawat ke Hospital Medan MERCY di Hospital Umum Sarawak di sini, pada Ahad.
Menurut Khairy, pihaknya menyokong penuh inisiatif Sarawak menubuhkan pusat kanser untuk beroperasi di negeri berkenaan.
Untuk rekod, setakat ini Sarawak hanya memiliki Jabatan Kanser yang berperanan untuk mengendalikan hal-hal berkaitan onkologi.
Sebelum ini, Dr Sim mencadangkan agar pusat itu ditubuhkan di Sarawak yang dibangunkan berhampiran Pusat Jantung HUS di Kota Samarahan yang dianggarkan menelan kos sehingga RM900 juta.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Sarawak
#Pusat Kanser Sarawak
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan