Kementerian Kesihatan bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam memantau perkembangan wabak 'Novel coronavirus' atau 'Middle East Respiratory Syndrom Coronavirus (MERS-CoV) di seluruh dunia.
Selain itu, kementerian turut meningkatkan pemantauan dalam negara sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan virus itu, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan Jumaat lepas berkata negara Timur Tengah yang melaporkan kes MERS-CoV ialah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia, manakala negara-negara Eropah ialah Jerman, Perancis dan United Kingdom.
Dr Lokman Hakim berkata orang ramai yang berkunjung ke negara-negara Timur Tengah dan Eropah terlibat diminta supaya sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk menjaga kesihatan dengan lebih rapi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang warga Kementerian Kesihatan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Dr Lokman Hakim berkata kementerian kini turut bekerjasama rapat dengan agensi pelancongan dan syarikat yang merancang untuk menguruskan pakej-pakej haji musim ini, untuk memberikan maklumat terperinci mengenai penularan wabak itu kepada jemaah.
Beliau berkata sehingga kini WHO tidak mengeluarkan sekatan perjalanan pelancong antarabangsa ke mana-mana negara terlibat, dan vaksin untuk jangkitan penyakit itu juga belum ditemui.
Penasihat Khas bagi aspek Keselamatan Kesihatan dan Alam Sekitar WHO Andrew Harper dalam satu taklimat media di Geneva hari ini menggesa petugas kesihatan di seluruh dunia supaya berjaga-jaga terhadap simptom MERS yang berpotensi menjadi pandemik, menjangkiti seluruh dunia.
Sementara itu Dr Lokman Hakim menolak kenyataan beberapa pihak di laman web kononnya kerajaan Arab Saudi 'membisu' dalam soal penularan MERS di negara itu menjelang ketibaan bulan Ramadan, Julai ini.
Kerajaan Arab Saudi sentiasa berkongsi maklumat mengenai penyakit itu, malah dalam satu perhimpunan WHO, mereka membuat pembentangan mengenai persekitaran jangkitan dalam negara dan bekerjasama rapat dengan pakar WHO untuk mengkajinya, katanya.
Beliau berkata tiada jangkitan MERS dikesan dalam negara ketika ini, namun kementerian kesihatan meningkatkan lagi keupayaan makmalnya dalam usaha mengesan sebarang tanda-tanda jangkitan di kalangan pesakit dengan lebih pantas, dan saringan lebih rapi.
"Memang tidak ada vaksin untuk MERS, sebab itu nasihat kami ialah jemaah yang pergi ke Arab Saudi nanti jaga kebersihan, dapatkan panduan anggota pasukan kesihatan, kalau hadapi masalah dapatkan rawatan segera.
"Begitu juga mereka yang baru pulang dari umrah, umpamanya, memang simptom batuk biasa berlaku sekembali dari umrah, tapi kalau batuk dan demam berlarutan dan ditambah dengan masalah pernafasan, segera ke klinik. Maklumkan mengenai sejarah perjalanan supaya kita dapat buat pemeriksaan lebih teliti," katanya.
MERS-CoV merupakan anggota keluarga kumpulan coronavirus yang menjangkiti manusia serta haiwan, dan Sindrom Pernafasan Akut (SARS) merupakan antara strain coronavirus berkenaan.
MERS-CoV mula dikesan di Arab Saudi tahun lepas, dan sehingga kini 31 daripada 55 orang yang disahkan menghidapnya di seluruh dunia, meninggal dunia, dengan 40 kes jangkitan dilaporkan di Arab Saudi.
Bernama
Tue Jun 11 2013
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
Nahas lima kenderaan di Kajang: Van langgar ambulans berhenti rawat mangsa kemalangan
Naazron berkata sebelum itu, terdapat kemalangan lain berlaku di lokasi berkenaan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah motosikal.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.