SUNGAI PETANI: Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu laporan siasatan polis berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didakwa akibat kecuaian di sebuah hospital kerajaan di Klang, Selangor baru-baru ini.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata beliau juga perlu mendapatkan maklumat terperinci daripada semua pihak terlibat sebelum membuat penjelasan lanjut berhubung kejadian itu.
Sehubungan itu, katanya orang ramai diminta agar tidak menyebarkan info yang tidak sahih dan tidak terpengaruh dengan isu yang tular di media sosial kerana belum tahu cerita sebenar.
"Cuma saya minta supaya rakyat di luar sana lebih berhati-hati dan mendapatkan sumber yang betul...jangan sebarkan perkara yang tidak baik kerana ia akan mewujudkan sentimen yang tidak baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MADANI Afiat dan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
BACA: HTAR siasat kematian kanak-kanak 10 tahun
Kisah Dea Maisarah Bada, 10, yang didakwa meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Klang tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai persepsi orang ramai.
Pihak hospital juga didakwa membuat laporan palsu berhubung kematian kanak-kanak itu dengan mengatakan mangsa sudah meninggal dunia ketika dihantar untuk mendapatkan rawatan.
Semalam, media melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung kejadian tersebut dan sudah memulakan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sementara itu, Dr Zaliha dalam ucapan perasmiannya memaklumkan kes jangkitan malaria di negara ini terkawal.
"KKM telah berjaya mencapai sasaran Pelan Strategik Eliminasi Malaria Kebangsaan (PSEMK) 2011 hingga 2021, iaitu sifar kes malaria manusia jangkitan tempatan (indigenous) bermula 2018 dan berjaya mengekalkan pencapaian tersebut untuk lima tahun berturut-turut," katanya.
Pada majlis sama, Zaliha turut menyampaikan Anugerah Tokoh Malaria 2023 kepada Pengasas Program Segitiga Malaria di Semenanjung Malaysia yang juga bekas Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Pius Premaraj.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Dr Zaliha berkata beliau juga perlu mendapatkan maklumat terperinci daripada semua pihak terlibat sebelum membuat penjelasan lanjut berhubung kejadian itu. - Gambar fail
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
KKM tunggu laporan siasatan polis kes kematian kanak-kanak 10 tahun di HTAR
KKM masih menunggu laporan siasatan polis berhubung kes kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun didakwa akibat kecuaian di sebuah hospital kerajaan di Klang, Selangor baru-baru ini.
Kematian kanak-kanak 12 tahun di Kluang bukan disebabkan strok haba - JKNJ
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kematian seorang kanak-kanak berumur 12 tahun di Kluang Johor bukan disebabkan strok haba seperti dilaporkan dalam media.
Ubat batuk: WHO gesa buat pemeriksaan terperinci
Ubat tiruan atau ubat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik daripada pasaran.
Bayi maut di buaian: Sebutan semula inkues kematian pada 29 Jun
Mahkamah dimaklumkan hakim koroner yang sepatutnya mengendalikan inkues itu bercuti kerana masalah kesihatan.
Pemandu van mengaku tidak bersalah abai kanak-kanak perempuan autistik hingga mati
Dia dituduh mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan autistik sehingga menyebabkan kematiannya, Oktober lepas.
Kematian Mohammad Aimin: Cemburu dipercayai punca pergaduhan
Cemburu dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lanchang yang berakhir dengan kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun, Mohammad Aimin Nurul Amin.