awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM ambil berat isu gangguan seksual, sifatkan bukan isu remeh - Annuar

Bernama
Bernama
21/11/2021
06:57 MYT
KKMM ambil berat isu gangguan seksual, sifatkan bukan isu remeh - Annuar
Annuar berkata, laporan akhbar berkenaan pandangannya tentang gangguan seksual itu telah disalah tafsir dan tidak mencerminkan pendirian beliau. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengambil berat mengenai isu gangguan seksual dalam industri seni tanah air dan menyifatkan ia bukan isu remeh.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata malah isu tersebut merupakan kesalahan jenayah.
"Isu ini tidak akan terungkai dengan melemahkan mana-mana pihak, sebaliknya memerlukan gemblengan tenaga setiap pihak, baik media mahupun pihak berkuasa dan mereka yang terlibat," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini yang dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah akhbar tempatan.
Annuar berkata, laporan akhbar berkenaan pandangannya tentang gangguan seksual itu telah disalah tafsir dan tidak mencerminkan pendirian beliau.
" Saya menerima mesej Whatsapp daripada seorang wartawan (akhbar tersebut) untuk menemu duga saya.
" Beliau mencadangkan tajuk gangguan seksual dalam industri seni tanah air tetapi saya mencadangkan agar temu bual itu membincangkan fokus utama saya masa ini iaitu pembangunan industri bagi membantu penggiat seni negara," katanya yang telah memaklumkan hal tersebut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#gangguan seksual
#industri seni
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan