Skip to main content

Malaysia

Ujian MySiren bermula, orang ramai mula terima notifikasi kecemasan

MySiren ialah Sistem Amaran Awal Malaysia yang dibangunkan untuk memberi amaran kepada orang ramai semasa kecemasan, supaya mereka dapat mengambil tindakan segera bagi melindungi nyawa dan harta benda. BERNAMA

Advertisement

KUALA LUMPUR: Orang ramai hari ini mula menerima notifikasi kecemasan menerusi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara bermula 10.10 hingga 10.30 pagi ini.

Ujian berkenaan diadakan bagi menguji keupayaan sistem itu menyalurkan notifikasi kecemasan secara pantas kepada telefon bimbit pengguna.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini hadir meninjau sesi ujian MySiren di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Kampung Pulau Meranti, di sini.

Advertisement

MySiren ialah Sistem Amaran Awal (EWS) Malaysia yang dibangunkan untuk memberi amaran kepada orang ramai semasa kecemasan, supaya mereka dapat mengambil tindakan segera bagi melindungi nyawa dan harta benda.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement