awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
Maritim Malaysia pintas bot 'pom-pom', tahan 80 PATI
GPS fokus bantu rakyat, tarikh PRN Sarawak bukan keutamaan - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM anjur solat hajat, bacaan Yasin, doa selamat untuk kesihatan Dr Mahathir

Bernama
Bernama
24/01/2022
15:32 MYT
KKMM anjur solat hajat, bacaan Yasin, doa selamat untuk kesihatan Dr Mahathir
Annuar menyertai lebih 50 jemaah menunaikan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan Dr Mahathir malam ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyertai lebih 50 jemaah menunaikan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Muhammadi Angkasapuri di sini, malam ini.
Turut menyertai majlis anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Prof Dr Md Nasir Ibrahim serta pengurusan tertinggi dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Majlis yang dipimpin imam satu masjid berkenaan Ustaz Mohd Fadhli Md Desa, dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat serta solat isyak.
Solat berkenaan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka ketika solat.
Semalam, anak Ahli Parlimen Langkawi itu Datin Paduka Marina memaklumkan keadaan bapanya yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas.
Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan bagi menjalani prosedur perubatan elektif berkenaan yang dikendalikan sepasukan doktor daripada institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tun M
#Dr Mahathir
#doa selamat
#KKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan