awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM catat prestasi terbaik pemprosesan bil berbanding kementerian lain

Bernama
Bernama
26/11/2021
22:30 MYT
KKMM catat prestasi terbaik pemprosesan bil berbanding kementerian lain
Mohammad (kiri) menyampaikan anugerah kepada Mokhtar (kanan) pada Majlis APC Tahun 2020 dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2021 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Zon Timur) malam tadi. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berjaya mengatasi kementerian lain apabila mencatatkan prestasi pemprosesan bil dan tuntutan terbaik sejak Mac lepas.
Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek berkata kejayaan itu hasil kerjasama warga kementerian dalam memastikan sasaran indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan beliau dicapai apabila menyandang jawatan tersebut tahun lepas.
"Kita menduduki tempat pertama berbanding semua kementerian dari segi pembayaran bil. Sekarang kita boleh berbangga prestasi bayaran dalam tempoh tiga hari ialah 99 peratus.
"Selain KKMM, agensi di bawahnya seperti Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia), FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional), MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) juga menunjukkan prestasi bayaran bil yang baik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 dan Majlis Jasamu Dikenang Tahun 2021 KKMM Zon Timur di sini pada Sabtu.
Mohammad juga berkata beliau mahu prestasi itu diteruskan dan menyeru agar warga KKMM kekal relevan sesuai dengan tuntutan semasa.
"Berubah ikut keadaan dan cabaran semasa, tuntutan rakyat kian meningkat, mereka mahukan perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan pantas... tidak seperti dahulu," katanya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Mokhtar Hussain, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia Datuk Ruzain Idris, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Ma Sivanesan, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Mazlan Abd Mutalib dan Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad.
Dua petugas Biro Bernama Kelantan iaitu Pegawai Berita Mohd Noor Iqram Rosli dan Jurufoto Zulkarnain Kamaruddin adalah antara 39 warga KKMM Zon Timur yang menerima APC.
Bernama turut meraih Anugerah Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Kategori Organisasi Gemilang Tahun 2021 dan Mokhtar mewakili agensi berita itu menerima anugerah tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#pemprosesan bil dan tuntutan terbaik
#Mohammad Mentek
#KPI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan