awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKMM teliti SOP aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2020
21:00 MYT
KKMM teliti SOP aktiviti penggambaran dalam tempoh PKPB
KKMM memaklumkan kesemua SOP telah diteliti oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menerima permohonan daripada pelbagai persatuan bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti penggambaran sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Susulan itu, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Khamis telah membawa cadangan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti penggambaran sepanjang tempoh ini.
Menerusi satu kenyataan, KKMM memaklumkan kesemua SOP telah diteliti oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Bagaimanapun, pelaksanaan SOP berkenaan akan diputuskan dalam masa terdekat, iaitu setelah meneliti impak pelaksanaan PKPB dan kesan pembukaan semula operasi sektor ekonomi.
“KKMM akan sentiasa berusaha bagi memastikan Industri Kreatif terus berkembang pesat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” kenyataan itu menyebut.
Topic Berkaitan
#FINAS
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#KKMM
#operasi
#Penggambaran
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan