KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terus komited mempertingkatkan kelajuan internet di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak.
Menurut menterinya, Tan Sri Annuar Musa, beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan melibatkan projek pembinaan tapak menara telekomunikasi baharu, menaik taraf pemancar sedia ada, menyediakan premis dengan gentian optik dan jalur lebar satelit.
‘’Di Sabah, 51 daripada 538 tapak menara baharu yang dirancang telah siap, bagi menaik taraf stesen pemancar 3,500 disasarkan untuk dinaik taraf dan 2,041 telah siap.
‘’Seterusnya bagi gentian optik bagi premis-premis tersedia, 81,268 daripada 251,165 dilaporkan siap manakala manakala bagi jalur lebar satelit perancangan untuk dibina di Sabah adalah 138,’’ ujarnya.
Selain itu, 74 daripada 823 tapak menara baharu yang dirancang di Sarawak juga telah siap dan 1,615 daripada 3,012 proses naik taraf stesen pemancar juga siap dan 47,223 daripada 73,588 gentian optik di premis tersedia dilaporkan siap.
Tambahnya lagi, 523 jalur lebar satelit dirancang di negeri itu sebagai agenda menjayakan hasrat membolehkan capaian dan kelajuan internet di dua negeri berkenaan setara dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.
Annuar berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai langkah diambil kerajaan bagi memastikan capaian internet kelajuan tinggi di Sabah.
Astro Awani
Thu Sep 23 2021
523 jalur lebar satelit dirancang di Sarawak juga sebagai agenda menjayakan hasrat membolehkan capaian dan kelajuan internet di dua negeri berkenaan setara dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. FOTO: JAPEN
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
KKMM terus komited pertingkat kelajuan internet di Sabah dan Sarawak
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terus komited mempertingkatkan kelajuan internet di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak.