BAGAN DATUK: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) mahu berjumpa dengan penggiat industri muzik terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan mengenai cara terbaik untuk menjaga kebajikan mereka.
Hasrat itu, tegas Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin, selaras dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM).
Menurut beliau, walaupun penggiat muzik dibayar royalti melalui tiga badan, namun, tiada badan khusus yang menjaga kebajikan mereka sepertimana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memperjuangkan nasib golongan pelakon.
Ketiga-tiga badan yang diberi tanggungjawab mengagihkan kutipan royalti pemuzik tempatan ialah Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP), Persatuan Pemuzik Malaysia (PPM) dan
Recording Performers Malaysia Berhad (RPM).
“Ketiga-tiga badan ini mewakili untuk menjaga artis tetapi kita lihat masih ada yang tak dapat kita penuhi, ada artis-artis yang tidak puas hati dengan persatuan-persatuan mereka.
“Jadi kita akan ada perjumpaan dengan artis, apa cara dan kehendak mereka. Kita akan berjumpa untuk memberi pandangan sebelum kita tubuh Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM). Apa cadangan mereka nak, contohnya kalau mereka tak puas hati?” kata Zahidi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Ziarah Kasih ke kediaman seniman veteran, Datuk M Daud Kilau di sini, pada Selasa.
Dalam kunjungan itu, Zahidi turut menyampaikan sumbangan pelbagai pihak, termasuk wang tunai kepada penyanyi yang diberi gelaran Raja Gelek Malaysia.
Sementara itu, kata Zahidi, pihaknya telah meminta ketiga-tiga badan itu untuk mengatur perjumpaan dengan ahli-ahli mereka secepat mungkin.
Sebelum ini, K-KOMM menubuhkan Task Force Industri Kreatif yang antara lain mengambil kira beberapa isu antaranya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta perlindungan insurans bagi golongan artis dan penggiat seni.
Selain itu, badan itu turut berusaha untuk membantu meningkatkan profesionalisme golongan berkenaan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jun 07 2022
Datuk Zahidi Zainul Abidin (dua dari kanan) menziarahi Datuk M Daud Kilau (dua dari kiri) di kediaman penyanyi veteran itu di Bagan Datuk, Perak pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
K-KOMM mahu jumpa penggiat muzik bincang cara jaga kebajikan - Timb Menteri
Hasrat jumpa artis selaras dengan cadangan kerajaan untuk tubuh Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM).
K-KOMM cadang ambil alih urus royalti, kebajikan penyanyi - Zahidi
K-KOMM hanya bertanggungjawab menguruskan kebajikan bagi individu yang terbabit dalam industri perfileman dan drama.