NATIONAL
KKR, pihak berkepentingan kerjasama selesai kelewatan projek MEX II

Nanta (tiga, kiri) melihat dan mendengar penerangan mengenai projek pembinaan laluan jalan raya bagi menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam, ke CIQ Sadao di Thailand hari ini. - Foto Bernama
BUKIT KAYU HITAM: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian berhubung masalah kelewatan projek sambungan Lebuhraya Maju (MEX II).
Ringkasan AI
- Kementerian Kerja Raya (KKR) bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian terhadap kelewatan projek sambungan Lebuhraya Maju (MEX II), yang masih dalam proses pemulihan kewangan dan teknikal.
- Beberapa siri mesyuarat akan berlangsung bagi menentukan tindakan lanjut, dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KKR, untuk memastikan projek dapat diteruskan.
- Projek MEX II sepanjang 18 kilometer, yang sepatutnya siap pada Disember 2019, mengalami kelewatan, namun kerajaan berusaha menyelesaikan masalah bagi memastikan kelancaran pembinaannya.
"... dan pihak funder (pendana) yang pemaju itu mendapat punca kewangan untuk memajukan projek berkenaan semua bekerjasama, ini dalam proses," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau meninjau perkembangan kemajuan projek pembinaan laluan jalan raya bagi menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand.
Nanta berkata beberapa siri mesyuarat dijangka berlangsung dalam masa terdekat, dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya.
Beliau berkata mesyuarat itu bertujuan menentukan tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan isu kelewatan projek berkenaan.
Projek Lebuhraya MEX II sepanjang 18 kilometer yang menghubungkan Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dimulakan pembinaannya pada 2016 dan dijadualkan siap pada Disember 2019.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami