awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan lakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam
Arsenal sahkan Mikel Merino akan jalani pembedahan kaki
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKR Sabah cadang laksana caj pembetungan

Bernama
Bernama
06/01/2022
21:05 MYT
KKR Sabah cadang laksana caj pembetungan
Bung Moktar berkata caj pembentungan itu nanti tidak akan terlalu mahal sehingga membebankan rakyat. - Gambar fail
SANDAKAN: Kementerian Kerja Raya Sabah bercadang melaksanakan caj perkhidmatan penyelenggaraan pembetungan di negeri itu bagi memastikan sistem pembetungan berada di tahap terbaik.
Menteri berkenaan Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata undang-undang bagi tujuan itu akan digubal untuk menyatukan bil pembetungan dengan bil air.
"Di Sabah, kita belum ada akta untuk pungutan pembayaran pembetungan... Kita akan sampai ke tahap itu satu hari nanti (caj pembetungan) kerana pembetungan teramat penting sebab mana-mana tempat di dunia, keutamaan mereka ialah kesihatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan Sandakan pada Khamis.
Beliau berkata caj itu nanti tidak akan terlalu mahal sehingga membebankan rakyat namun mereka perlu bertanggungjawab dalam memastikan kesihatan bersama terpelihara.
Katanya Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri diminta melihat bagaimana kaedah itu boleh dipanjangkan ke perkampungan atas air.
Bung Moktar berkata ia sama ada dalam bentuk memberikan kesedaran mengenai kesihatan dan kebersihan kepada masyarakat atau menggalakkan rumah menggunakan tandas dengan sistem perpaipan yang boleh menyalurkan kumbahan ke sistem pembetungan.
Projek itu, yang bernilai RM221 juta, dijangka siap pada 2025 dan memanfaatkan kira-kira 70,000 penduduk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#caj pembetungan
#KKR Sabah
#perkampungan atas air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan