SEREMBAN: Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesyorkan kepada pihak berkaitan supaya meneliti semula tempoh siap pelaksanaan projek yang panjang supaya dapat disingkatkan dengan kaedah tertentu sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.
Timbalan menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia termasuk dengan mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar, peringkat antarabangsa seperti China dan India dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.
"Dengan adanya 'best practice' itu maka kita boleh mempercepatkan projek-projek yang ada di negara kita dari segi pembinaan jalan, bangunan dan jambatan sekali gus dapat menjimatkan kos.
"Tetapi tempat kita tidak mencapai standard kelajuan masa, oleh itu, saya ingin mengesyorkan seluruh yang terlibat dalam pembinaan ini mengkaji semula tempoh projek yang panjang, mungkin boleh disingkatkan dengan kaedah-kaedah yang tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada penyerahan Projek Pembonaan Bangunan Gantian 12 Bilik Darjah dan Lain-lain kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sendayan di sini pada Selasa.
Dalam pada itu mengenai SK Sendayan, Ahmad Maslan berkata, projek ini dimulakan dalam bulan Disember 2020 dan siap sepenunhya pada 2 April lalu, tiga hari lebih awal berbanding dengan tarikh asal kontrak yang ditetapkan.
"Ia membabitkan kos sebanyak RM8.173 juta dan antara skop projek ini adalah kerja-kerja meroboh bangunan sedia ada yang telah uzur yang mengandungi empat bilik darjah dan membina bangunan gantian melibatkan dua blok bangunan sekolah empat tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah dan kemudahan lain.
"Projek ini telah membantu dalam menangani isu kepadatan pelajar dan memberi manfaat secara langsung kepada hampir 500 orang pelajar di sekolah tersebut dari kalangan penduduk sekitar Felda Sendayan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui peruntukan di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) Negeri Sembilan menyalurkan sebanyak RM500,000 bagi membaiki jalan yang runtuh di Kampung Batu 3 Mambau dekat sini akibat hujan lebat dengan segera memandangkan laluan berikut antara laluan utama penduduk sekitar.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan separuh jalan di Kampung Batu 3 Mambau dekat sini runtuh dalam kejadian hujan lebat pada malam Sabtu.
Kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu telah mengakibatkan kira-kira 300 penduduk di situ dan Kampung Sri Mantau berdepan kesukaran untuk berulang alik berikutan jalan terbabit merupakan laluan utama. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 14 2024
Ahmad (dua, kanan) melawat sekitar SK Sendayan yang baru dibina selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Bangunan Gantian 12 Bilik Darjah dan Lain-lain Kemudahan hari ini. --fotoBERNAMA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.