PENGENDALI Kuala Lumpur City (KL City FC), Miroslav Kuljanac mengakui mempunyai kebimbangan lebih besar setelah tonggak utamanya Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri terpaksa diketepikan dalam beberapa perlawanan Liga Super 2024/25 selepas ini.

Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Ahad.

Pemain yang pernah mengalas cabaran Terengganu FC itu terpaksa dikeluarkan pada minit awal permainan selepas mengalami kecederaan pada bahagian tangannya selepas terkena sepakan pemain pertahanan Kuching City.

Bagi Kuljanac, kecederaan Kamal Azizi secara tidak langsung mengganggu persiapan pasukan terutamanya apabila The City Boys akan menerima kunjungan penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 25 Mei depan.

Jelasnya lagi, beliau akan menunggu laporan perubatan rasmi mengenai pemain pertahanan itu sebelum merancang taktikal The City Boys menjelang perlawanan menentang Harimau Selatan.

“Buat masa ini, saya akan menunggu laporan perubatan sebelum perancangan perlawanan seterusnya dirancang,”ujar Kuljanac.


LIGA SUPER 2024/25

Jadual Perlawanan

JUMAAT (17 MEI)

Kelantan Darul Naim FC lwn Sabah FC

(Std Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, 9 malam)

SABTU (18 MEI)

Johor Darul Ta’zim lwn Negeri Sembilan FC

(Stdm Sultan Ibrahim, 5 petang)

Selangor FC lwn Kedah Darul Aman FC

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 8.15 malam)

Perak FC lwn PDRM FC

(Stdm Perak, 9 malam)

AHAD (19 MEI)

Kuching City FC lwn Sri Pahang FC

(Stdm Negeri, 4.45 petang)

Penang FC lwn Terengganu FC

(Stdm Bandaraya, 8.15 malam)

* Tarikh, venue, masa tertakluk kepada perubahan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 

- Sinar Harian