KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City FC gagal membalas dendam kekalahan 1-3 kepada jiran mereka, Selangor FC pada April lepas dan sekali lagi tewas 0-2 pada saingan Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, malam tadi.
Skuad Gergasi Merah yang jelas mendominasi babak pertama membuka tirai jaringan selepas tampanan bola tidak kemas penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza di dalam kotak penalti dihukum Harith Haiqal yang menyepak masuk bola yang muntah itu pada minit ke-32.
Bersambung babak kedua, Selangor terus menambah duka buat KL City selepas bola hasil rembatan dalam kotak penalti Mukhairi Ajmal terkena kaki pemain pertahanan pasukan pelawat, Matko Zirdum sebelum melantun masuk ke dalam gawang KL pada minit ke-76.
Asakan demi asakan dilakukan kedua-dua pasukan untuk mencari gol tambahan hingga ke wisel penamat dan keputusan kekal 2-0 memutlakkan kemenangan buat Selangor pada derbi Lembah Klang malam tadi.
Keputusan derbi malam tadi menyaksikan Selangor kekal menghuni tangga kedua dengan mengumpul 43 mata manakala KL City di tangga ketujuh dengan 28 mata.
Sementara itu, Kedah Darul Aman (KDA) FC mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Sri Pahang FC 2-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Pasukan tuan rumah mendahului seawal minit ketiga menerusi penyerang import Nigeria, Ifedayo Olusegun.
Gol terhasil daripada balingan bola Muhammad Arif Farhan yang jatuh di hadapan Ifedayo di dalam kotak penalti sebelum beliau mudah menolak masuk bola menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Mohd Izham Tarmizi Roslan.
KDA terus selesa mendahului pada minit ke-41 menerusi jaringan J. Partiban yang menolak masuk bola biasan sepakan deras rakan sepasukan Manuel Hidalgo.
Bersambung babak kedua permainan, kedua-dua pasukan saling membuat serangan berbahaya, namun tiada jaringan dapat dihasilkan sehingga wisel penamat ditiup.
Dalam pada itu, Kelantan United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas tewas 1-4 kepada Terengganu FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Skuad Penyu lebih mendominasi permainan dengan mencetak gol menerusi Ivan Mamut pada minit ke-28, Sony Norde (minit ke-73), Nik Sharif Haseefy (minit ke-84) dan Hakimi Abdullah (minit ke-90+) manakala Kelantan United memperoleh gol tunggal menerusi Ismahil Akinade (minit ke-86).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Pemain Selangor FC Ayron Del Valle (kiri) cuba menjaringkan gol ketika perlawanan menentang KL City FC dalam Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Bola Sepak MBPJ malam tadi. --fotoBERNAMA
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Josep Borrell Fontelles berkata fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak. Jelasnya, situasi ini boleh membawa kepada pengasingan negara-negara tertentu dari pentas global, seterusnya menghambat pelaksanaan agenda antarabangsa. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Penolong jurulatih baharu Selangor FC masih diteliti - Johan Kamal
Pembantu jurulatih baharu Selangor FC masih dalam pemilihan ketua jurulatih kelab itu Nidzam Jamil.
Nidzam Jamil bakal naik pangkat sebagai pengendali tetap Selangor
Johan Kamal mengesahkan bekas jurulatih Thailand, Alexandre 'Mano' Polking tidak akan dilantik untuk mengemudi The Red Giants.
Selangor FC umum pengganti Cheng Hoe dalam seminggu
Selangor FC dijangka mengumumkan ketua jurulatih baharu dalam seminggu lagi bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang telah berhijrah.
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
Netizen ternganga video perkenalkan Nooa Laine
Nooa juga mempunyai satu kap senior bersama Harimau Malaya, yang dicapainya ketika menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023.