NATIONAL
KL Wellness City perkenal Bandar Kesejahteraan bertaraf dunia di Bukit Jalil

Majlis Pelancaran KLWC Raya 2025 “Sejahtera Raya Bersama KLWC” disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Hamim, Tengku Datuk Dr. Hishammuddin Zaizi Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj bersama pasukan pengurusan KLWC. - Gambar KLWC
KUALA LUMPUR: KL Wellness City melancarkan bandar kesejahteraan pertama di Malaysia yang menawarkan ekosistem kesihatan dan perubatan terintegrasi di Bukit Jalil.
Ringkasan AI
- KL Wellness City melancarkan bandar kesejahteraan pertama di Malaysia dengan ekosistem kesihatan dan perubatan terintegrasi di Bukit Jalil.
- Projek ini merangkumi hospital bertaraf antarabangsa, kediaman mesra kesejahteraan, pusat perubatan, dan ruang komersial yang saling berhubung, dijangka mula beroperasi pada akhir 2026.
- KL Wellness City turut menyumbang RM12,500 kepada lima rumah anak yatim sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat mereka.
Menurutnya, semua elemen ini direka dengan konsep berhubung secara langsung dan bersebelahan dengan KL International Hospital, memastikan kemudahan serta akses yang lancar bagi pesakit, doktor, dan penduduk di KL Wellness City.
“Terdapat unit-unit klinik swasta terhad yang boleh dimiliki oleh doktor pakar dan lain-lain. Kami juga menawarkan Medical Suite Eksklusif & Terhad, memberikan peluang unik kepada para profesional perubatan untuk memiliki ruang perubatan mereka sendiri di KL Wellness City.
“Dari segi kediaman, projek ini turut menawarkan studio suite yang compact dan sesuai untuk pelaburan serta penggunaan Airbnb.
"Dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM366,000, studio suite ini lengkap dengan perabot dan sedia untuk didiami.
“Selain itu, terdapat juga unit-unit kediaman yang direka khas untuk retirement home atau wellness apartment, memberikan pilihan yang selesa dan berkualiti kepada penghuni,” katanya.

Sejak pelancaran Fasa 1 pada Mei 2024, projek ini telah mencapai kemajuan pesat dengan 50% struktur siap lebih awal daripada dijadualkan. -KLWC
Dijangka mula beroperasi pada akhir 2026, KL Wellness City bakal menampilkan KL International Hospital, antara hospital swasta terbesar di Malaysia dengan 1,000 katil dan 25 bilik pembedahan.
“Hospital ini akan menjadi antara yang terbesar di Malaysia dan rantau Asia.
"Dengan kemudahan bertaraf antarabangsa, ia mampu menarik pesakit dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh sektor pelancongan perubatan di negara ini,” jelas Tiew.
Selain hospital, The Nobel Healthcare Park menawarkan medical suites yang boleh dimiliki oleh doktor pakar, ruang pejabat dengan Malaysia Digital Status, serta wellness suites yang sesuai untuk pelancong perubatan.
“Medical suites ini adalah konsep sangat unik kerana doktor pakar bukan sekadar boleh menyewa tetapi memiliki klinik mereka sendiri, seperti yang diamalkan di Singapura dan Australia. Ini membolehkan mereka meneruskan legasi perubatan mereka secara lebih mampan,” katanya lagi.
Sementara itu, dalam usaha menyemarakkan semangat kesejahteraan dan menyambut Ramadan, KL Wellness City turut mengadakan sambutan ‘Sejahtera Raya Bersama KLWC’, selain melancarkan muzik video raya istimewa yang dihasilkan sepenuhnya oleh kakitangan syarikat itu.
“Video muzik ini menampilkan lebih daripada 25 kakitangan KL Wellness City bersama-sama menyanyi, menari, dan berlakon serta turut serta dalam proses penciptaan lagu, penulisan lirik, serta penerbitan video muzik ini.
“Lagu khas Hari Raya ini dihasilkan dengan penuh dedikasi oleh pasukan KLWC sebagai tanda penghargaan dan kemeriahan menyambut Aidilfitri,” tambahnya.
Video muzik Hari Raya eksklusif ini boleh ditonton melalui platform media sosial KL Wellness City termasuk Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube.

Kakitangan KLWC mempersembahkan video muzik rasmi Raya Sejahtera Bersama KL Wellness City. - Gambar KLWC
Dalam majlis sama, KL Wellness City turut menyumbangkan RM12,500 kepada lima rumah anak yatim sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
“Kami sentiasa percaya bahawa kesejahteraan bukan sekadar mengenai kesihatan fizikal tetapi juga bagaimana kita memberi kembali kepada masyarakat.
"Sejak 2023, kami telah menyumbang kepada lebih 27 pusat kebajikan, termasuk rumah anak yatim dan warga emas,” tambahnya.
KL Wellness City dijangka menjadi mercu tanda baharu dalam industri kesihatan dan kesejahteraan negara, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan bertaraf global.

Seramai 101 orang anak yatim dari lima rumah kebajikan menerima “Duit Raya” dan hadiah daripada KLWC. - Gambar KLWC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami