awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi

Bernama
Bernama
09/04/2025
09:30 MYT
KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi
Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kembali beroperasi seperti biasa pada 4 petang tadi selepas gangguan akibat kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat. -ERL
PUTRAJAYA: Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang mengalami gangguan kembali beroperasi seperti biasa 4 petang tadi.

Ringkasan AI
  • Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kembali beroperasi seperti biasa pada 4 petang tadi selepas gangguan akibat kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat.
  • ERL telah melaksanakan langkah-langkah segera termasuk perkhidmatan bas ulang-alik percuma dan meningkatkan keselamatan di kawasan terjejas.
  • ERL bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat insiden dan melaksanakan langkah pencegahan, serta komited terhadap keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Menurut Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam kenyataan perkembangan terkini itu dimaklumkan menerusi semua platform sosial media syarikat berkenaan.
"Susulan insiden kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat yang menjejaskan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, ERL telah melaksanakan langkah-langkah segera untuk memudahkan pengguna kami serta terus mempertingkat langkah keselamatan di kawasan yang terjejas," menurut kenyataan itu.
Menurut ERL pihaknya telah memulakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma untuk membantu pengguna dalam tempoh terdekat antara Stesen Salak Tinggi dan Stesen Putrajaya dan Cyberjaya.
Petugas tambahan turut ditempatkan di kawasan terbabit selain kekerapan rondaan ditingkatkan dan pemantauan diperhebat di sekitar infrastruktur penting.
"ERL bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat insiden itu dan melaksanakan langkah pencegahan," menurut kenyataan itu.
Syarikat itu turut menyatakan komitmen terhadap keselamatan dan kesejahteraan pengguna serta kesal atas kesulitan yang disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka itu.
"Kami sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan tren sepenuhnya secepat mungkin. Kami akan terus mengemas kini perkembangan usaha pemulihan menerusi saluran rasmi kami," menurut ERL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA Ekspres
#KLIA Transit
#kecurian kabel
#gangguan sistem isyarat
#kembali beroperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan