awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS

Bernama
Bernama
04/02/2026
04:00 MYT
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Kesemua mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan Op Dandan yang dijalankan oleh JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 15 warga asing kerana disyaki menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja di klinik kecantikan tidak berlesen di sekitar Bukit Bintang di sini, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata kesemua mereka ditahan dalam operasi penguatkuasaan Op Dandan yang dijalankan oleh JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) hasil aduan awam dan risikan.
Beliau berkata 18 individu diperiksa dalam operasi berkenaan, manakala 15 warga asing yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan tujuh wanita warga China serta dua wanita warga Myanmar.
"Mereka disyaki menjalankan rawatan kecantikan tanpa kebenaran dan tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata siasatan awal mendapati pusat kecantikan yang beroperasi tanpa lesen Kementerian Kesihatan (KKM) itu menawarkan perkhidmatan rawatan muka serta badan dengan menggunakan khidmat warga asing terbabit.
Premis berkenaan, katanya dipercayai milik seorang warga China yang turut menyalahgunakan pas lawatan dan telah beroperasi sejak setahun lalu dengan keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit.
Dalam serbuan itu, pasukan operasi menyita pelbagai barangan termasuk pakaian seragam, telefon bimbit, komputer riba, rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lesen perniagaan serta dokumen berkaitan syarikat.
"Kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen WPKL untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 sementara tiga wanita tempatan yang berkerja di premis itu turut diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya.
Zakaria menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan meneruskan tindakan tegas bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.
"Masyarakat juga diingatkan agar tidak melindungi atau membantu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen dan menyalurkan maklumat menerusi saluran aduan rasmi Jabatan imigresen demi kedaulatan dan keselamatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Dandan
#warga asing
#klinik kecantikan haram
#PLKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan