awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLOBS bakal jadi ikon pelancongan KL

Bernama
Bernama
10/12/2017
22:19 MYT
KLOBS bakal jadi ikon pelancongan KL
Dua pengunjung teruja merakamkan gambar bunga orkid pada pameran Bonzai dan Orkid KL 2017 di Taman Pudu Ulu pada Ahad. --fotoBERNAMA
Pameran Orkid dan Bonsai Kuala Lumpur (KLOBS) di Taman Ulu Pudu Cheras, di sini bakal menjadi ikon pelancongan baharu ibu negara dan akan dijadikan acara dwitahunan selepas mendapat sambutan di luar jangkaan.
Pengarah Eksekutif Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mahadi Che Ngah berkata program yang berakhir malam ini menyaksikan kehadiran kira-kira 80,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa, iaitu melebihi sasaran awal sebanyak 70,000 orang.
"Penganjuran siri keenam ini menerima sambutan yang luar biasa berbanding acara sebelum ini. Pameran yang menggabungkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelbagai lapisan umur ini jelas menyaksikan ia mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
"Justeru, DBKL sentiasa komited untuk menambah baik KLOBS di masa akan datang supaya hasrat menjadikannya sebagai program berprestij dan ikon ibu negara menjadi realiti," katanya pada majlis penutupan KLOBS 2017 di sini, malam tadi.
Melalui penganjuran KLOBS, beliau juga mengharapkan supaya orkid akan dikenali umum sebagai bunga ikon Kuala Lumpur seperti di negara Holland yang dikenali dengan bunga tulip.
Beliau yakin hasrat menjadikan orkid sebagai bunga ikon ibu negara itu akan menjadi kenyataan setelah kawasan-kawasan tumpuan di sekitar Kuala Lumpur dihiasi dengan orkid.
KLOBS 2017 yang berlangsung sejak 2 Dis itu mempersembahkan lebih 800 spesies orkid dan pokok bonsai dari 14 negara Asia, selain itu, ia turut menyediakan pelbagai aktiviti lain antaranya pertandingan orkid dan bonsai, bengkel perkebunan, bola jaring, panjat dinding dan sebanyak 55 tapak jualan disediakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bonsai
#bunga ikon
#DBKL
#ikon
#KLOBS
#Kuala Lumpur
#Mahadi Che Ngah
#orkid
#Pameran Orkid dan Bonsai
#pelancongan
#pelawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan