awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster Aidilfitri dicatat di Desa Ranggu, Tawau

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
27/05/2021
15:50 MYT
Kluster Aidilfitri dicatat di Desa Ranggu, Tawau
Tawau merekodkan kluster Aidilfitri selepas seorang wanita berusia 53 tahun disahkan menjadi kes indeks dalam Kluster Desa Ranggu, pada Khamis. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU: Tawau merekodkan kluster Aidilfitri selepas seorang wanita berusia 53 tahun disahkan menjadi kes indeks dalam Kluster Desa Ranggu, pada Khamis.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut dipercayai tercetus daripada sambutan perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
Katanya, wanita berkenaan didapati telah menerima vaksin pada 6 Mac dan 17 Mac yang lalu.
"Berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada satu kontak sosial yang berhari raya ke rumahnya pada 13 Mei lalu.
"Individu yang juga kluster indeks bagi kluster ini merupakan wanita, 53, mempunyai gejala sejak 15 Mei lalu dan kemudiannya disahkan positif di Klinik Kesihatan Tawau pada 20 Mei, hasil saringan bergejala.
"Susulan kes itu, saringan kontak rapat dan kontak sosial mendapati 17 lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes," katanya.
Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata demikian dalam kenyataan hariannya, pada Khamis.
Sementara itu, beliau turut mendedahkan, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 217 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 61,274 kes.
"Satu kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Kunak," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#wanita
#kes indeks
#Kluster Desa Ranggu
#Tawau
#Masidi Manjun
#vaksin
#Klinik Kesihatan Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan