Kes baharu COVID-19 kekal dua digit selama dua hari berturut-turut selepas mencatatkan 11 kes setakat pukul 12 tengah hari, Jumaat.

Berikut adalah lima perkara penting yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media berkaitan perkembangan COVID-19 di Malaysia pada hari ini (4 September 2020).

1) 11 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan, empat daripadanya jangkitan dalam negara.

2) Jumlah kematian kekal 128 kes, tiada kematian baharu.

3) Kluster baharu Depot Tahanan Imigresen Semenyih 2 dikesan.

4) Sembilan kes pulih dicatatkan menjadikan 9,038 kes telah pulih sepenuhnya bersamaan 96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

5) Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 165 kes.