awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kluster COVID-19: Solat dalam gelap, 2 lagi saksi jemaah surau dipanggil

Bernama
Bernama
26/05/2021
10:04 MYT
Kluster COVID-19: Solat dalam gelap, 2 lagi saksi jemaah surau dipanggil
Abdul Rahim berkata dua saksi terbabit berumur dalam lingkungan 50 dan 60 tahun, dipanggil selepas mereka tamat menjalani tempoh kuarantin kerana disyaki positif COVID-19. - Gambar hiasan/ Bernama
KOTA BHARU: Polis telah memanggil dua lagi saksi daripada lebih 10 jemaah yang mendirikan solat berjemaah di sebuah surau di Kampung Pauh Lima, dekat sini dalam keadaan rapat dan gelap sepanjang bulan Ramadan lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata dua saksi terbabit berumur dalam lingkungan 50 dan 60 tahun, dipanggil selepas mereka tamat menjalani tempoh kuarantin kerana disyaki positif COVID-19.
Setakat hari ini, seramai enam saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan susulan kejadian yang berlaku itu sehingga mencetuskan Kluster Pauh Lima.
"Hasil keterangan saksi terbabit, mereka mengaku menjalankan aktiviti keagamaan termasuk menunaikan solat jemaah sepanjang bulan Ramadan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tanpa penjarakan fizikal selain turut menutup lampu surau.
"Kebanyakan mereka yang sudah dipanggil berumur lingkungan 60-an yang terdiri daripada pesara manakala mereka yang lain belum tampil memberi keterangan kerana sedang menjalani tempoh kuarantin," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
BACA: Saringan COVID-19: Dakwaan 200 penduduk Kampung Pauh Lima lari adalah palsu
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata sebelum ini empat individu termasuk seorang imam telah diambil keterangan pada 19 Mei lepas dan hasil keterangan mendapati mereka mengaku solat berjemaah, rapat dan dalam keadaan gelap.
Katanya, siasatan masih diteruskan bagi mengambil keterangan daripada jemaah lain yang terdiri daripada penduduk tempatan di sekitar Kampung Pauh Lima.
"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Akta 342).
"Kita juga akan menjalankan siasatan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit," katanya.
Media sebelum ini melaporkan penduduk Kampung Pauh Lima melanggar SOP dan sanggup solat tarawih dalam gelap demi mengelak dikesan pihak berkuasa selepas kerajaan negeri mengeluarkan arahan hanya empat jemaah dibenarkan bersolat di surau sepanjang PKP.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong dekat Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu di Kota Bharu bermula 19 Mei hingga 1 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pauh lima
#solat dalam gelap
#Kelantan
#PKP
#sepanjang ramadan
#cetus kluster
#kluster pauh lima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan