DUNIA melalui banyak krisis pandemik global dalam tempoh 100 tahun ini. Begitu juga krisis ekonomi. Namun, mencari karya sastera yang merakamkan semua realiti ini amat terhad.
Sebelum menjejak tiga novelis hebat yang merakamkan tiga krisis ekonomi mewakili tiga dekad berbeza di tiga negara berlainan, kita rujuk sekilas fakta ekonomi.
Asasnya ialah melihat bagaimana fakta-fakta ini dapat memberi petunjuk jelas - COVID-19 bukan sekadar wabak maut. Ia juga wabak yang bakal menjerumuskan dunia ke konflik ekonomi terburuk dalam sejarah.
Setelah lebih 100 hari COVID-19 melanda, laporan media massa bukan lagi sekadar paparan angka jangkitan dan jumlah kematian.
Media massa turut mendedahkan data dan angka ekonomi yang menakutkan akibat wabak yang mula menular pada Disember lalu.
Sehingga semalam, COVID-19 menjangkiti hampir 1.7 juta manusia dan membunuh lebih 100,000 nyawa.
Pada 69 hari pertama, wabak ini menjangkiti 100,000 manusia. Namun, sejak diisytiharkan sebagai pandemik global pada 23 Mac, COVID-19 dengan pantas menjangkiti lebih 400,000 pesakit baharu.
Selain ancaman jangkitan dan maut, COVID-19 menyebabkan 4 bilion manusia terpaksa 'berkurung'.
Fasa seterusnya, wabak ini mencetuskan panik apabila rangkaian ekonomi dunia mulai melumpuh.
Lebih 1.5 bilion pekerja dijangka kehilangan kerjaya di seluruh dunia. Selain wabak ini akan mencetuskan peningkatan drastik angka kemiskinan global.
Kajian NGO berpangkalan di United Kingdom, Oxfam menemukan data ekonomi yang menakutkan.
Pada 9 April lalu, Oxfam mendedahkan, 4 bilion manusia dijangka hidup dibawah paras kemiskinan akibat penguncupan pendapatan.
Pada 6 April, Jabatan Sosial Amerika Syarikat (AS) turut memberikan indikasi betapa seriusnya krisis ekonomi akibat Covid-19 di negara itu.
Menjelang sebulan lockdown dikuatkuasakan, hampir 20 juta orang kehilangan pekerjaan di AS.
Pada dua minggu pertama lockdown, angka pengangguran mencecah 6 juta orang. Jumlah tertinggi dalam sejarah AS.
Apakah AS akan kembali ke era The Great Depression pada dekad 1930-an?
Sudah tentu. Sekiranya benar, data Oxfam yang menjangkakan 47 juta pekerja AS akan menganggur. Seterusnya mengakibatkan kadar pengangguran meningkat kepada 32 peratus.
AS akan kembali ke realiti krisis The Great Depression (1929-1934) yang dirakamkan dalam dua novel John Steinbeck (1902-1968).
Seterusnya menjadikan Novel In Dubious Battle (1936) dan The Grape of Wrath (1939) wajar dibaca. Selepas 9 dekad - AS kembali ke zaman yang pernah dirakamkan Steinbeck.
Zaman terburuk dalam sejarah sejak AS mengisytiharkan kemerdekaan pada 1776.
Amaran Oxfam dan naratif novelis
Sebelum mencari tiga novelis dan novel yang wajar dibaca dalam mendepani krisis ekonomi akibat COVID-19, kita lihat fakta-fakta ekonomi yang dibentangkan minggu lalu.
Oxfam yang menjalankan misi membasmi kemiskinan global sejak 1946 memberi amaran serius.
Sekiranya kadar upah global menyusut 20 peratus akibat krisis ekonomi, hampir 1 bilion manusia akan berada dibawah paras miskin tegar.
Keadaan akan lebih parah, sekiranya kadar upah global menyusut dibawah AS$5.50 (RM24) sehari. Akibatnya 4 bilion (60 peratus) penduduk dunia bakal menjadi miskin.
Angka ini meningkat 700 peratus berbanding 548 juta angka kemiskinan dunia hari ini.
Wilayah miskin di benua Afrika, Amerika Latin dan Asia Selatan paling terdedah. Malah, akan menyeret 70 peratus petani dan buruh marhaen di Asia Tenggara yang didiami 600 juta penduduk.
Senario ekonomi di Asia mengingatkan pada naratif kemiskinan petani dalam novel Kamala Markandaya, Necter in The Sieve (1954).
Sekiranya krisis ekonomi terus melemahkan ekonomi koloni tani di Asia Tenggara, Asia Selatan dan sub-sahara: apakah realiti novel Ranjau Sepanjang Jalan (1966) akan berulang lagi?
Sasterawan Negara (SN), Shahnon Ahmad (1933-2017) menulis novel ini 52 tahun lalu sebagai rakaman kemiskinan petani di Baling, Kedah.
Realiti pada zaman itu berpunca daripada kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Namun, walaupun kali ini, petani berdepan impak akibat wabak - senario deritanya tetap sama.
Tiga novelis hebat ini mewakil tiga dekad berbeza abad 20. Namun, karya Steinbeck, Kamala dan Shahnon - sangat relevan dibaca.
Paling tidak untuk melihat semula rakaman realiti kemiskinan akibat kemelesetan ekonomi yang bakal melanda dunia.
Malah, karya tiga novelis ini ditulis sebelum dunia mengenal istilah 'kemelesetan ekonomi global'.
AS masa kini dan rakaman masa lalu
Kita akan membaca masa lalu AS melalui In Dunious Battle dan The Grape of Wrath.
Dalam novel Steinbeck, latar kemiskinan buruh tani menjadi naratif utama. Malah, penulis ini memilih negeri kelahirannya California, sebagai latar novel In Dubious Battle.
Naratif Steinbeck jelas: kisah pertembungan kelas pekerja berdepan majikan kapitalis. Krisis ekonomi akan menjadi lebih kejam apabila kelas pekerja ditindas pemilik modal dalam piramid ekonomi kapitalis.
Novel The Grape Of Wrath (difilemkan pada 1940 arahan John Ford), menceritakan survival keluarga petani di Sallisaw, Oklahama.
Apabila ekonomi meleset, bank di AS merampas tanah milik petani. Sekali gus menjadikan The Great Depression sebagai dekad yang penuh dengan petani papa.
Keluarga Joad terpaksa berpindah dan menaiki kereta sedan buruk meninggalkan Oklahama - memulakan perjalanan yang membawa kepada lebih banyak tragedi.
Apabila tiba di California, lambakan tenaga buruh menyebabkan penderitaan keluarga Joad tidak berakhir.
Steinbeck bukan setakat merakamkan latar, tapi juga detail insiden krisis ekonomi. Mengenai kelaparan yang turut mencipta kematian tragis dan pembunuhan ngeri.
Selebihnya, Steinbeck memberikan pengajaran bahawa manusia dengan haiwan tiada bezanya apabila berdepan dengan kelaparan.
Melihat kemiskinan dalam naratif Kamala Markandaya
Bank Dunia pada 9 April lalu mengingatkan krisis ekonomi COVID-19 akan menjejaskan 1.5 bilion pekerja global.
Sekiranya kadar upah menguncup 20 peratus dan berada di bawah AS$5.50 (kira-kira RM24) sehari, 4 bilion penduduk dunia jatuh miskin.
Mudah untuk memahami realiti miskin dan miskin tegar. Apa lagi dalam latar Asia Selatan yang didiami 1.8 bilion penduduk.
Pada 1954, Kamala menulis novel Necter In The Sieve. Novel yang merakamkan krisis ekonomi koloni pertanian di India. Krisis ini akibat tindakan manipulasi pemilik tanah terhadap petani.
Kamala (1924-2004) ialah novelis kelahiran Mysore di Selatan India.
Sebagai wartawan dan membesar di India selama 26 tahun, novelnya merakamkan kehidupan majoriti petani miskin di Asia Selatan.
Selepas tujuh dekad diterbitkan, novel ini kekal relevan. Penderitaan keluarga Nathan dan Rukmani kekal sebagai simbol petani miskin merentas negara dan benua.
Novel ini satu realiti manipulasi ekonomi yang turut berlaku terhadap petani di Angola, Botwana, Gabon, Ethiopia, Kenya, Liberia, Senegal dan lebih 50 negara sub-sahara.
Membaca novel 255 halaman ini memberikan kita visual yang luas mengenai bencana kemiskinan. Paling tidak, betapa dahsyatnya dunia apabila 4 bilion manusia jatuh miskin.
Ranjau Sepanjang Jalan & naratif Malaysia
Shahnon, SN ketiga dan menerima anugerah sastera nasional paling berprestij ini pada 1982.
Novel ini difilemkan pada 1983 dan diarahkan Jamil Sulong. Pada 1996 difilemkan penerbit Kemboja dengan judul Rice People.
Bagi peminat buku pada dekad 70-an dan 80-an, novel ini satu karya hebat. Watak Lahuma dan Jeha satu katalis tragik apabila membicarakan soal kemiskinan petani.
Pada dekad itu, kemiskinan petani satu isu perjuangan. Walaupun karya Shahnon bukan penghasut, tapi ia antara rakaman terbaik untuk memahami gelora yang mencetuskan Demonstrasi Baling 1974.
Kita perlu mambaca sekarang. Paling tidak menjenguk karya-karya besar dunia dan tempatan - yang berkisar soal krisis ekonomi dan tragedi kemiskinan.
Ia bukan sekadar bacaan, tetapi menyusur kembali realiti yang bakal berulang lagi.
Selebihnya kekalkan #dudukrumahbacabuku. Patuhi arahan berkurung dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
__________________________________________________________________________________
Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Apr 13 2020
Shahnon Ahmad menulis novel "Ranjau Sepanjang Jalan" 52 tahun lalu sebagai rakaman kemiskinan petani di Baling, Kedah. -Gambar fail
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.