awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KOA Selai tidak dipinggirkan, telah terima bekalan air pelbagai sumber - Jakoa

Bernama
Bernama
11/04/2024
22:00 MYT
KOA Selai tidak dipinggirkan, telah terima bekalan air pelbagai sumber - Jakoa
Jakoa Johor ingin memperbetulkan salah tanggapan berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan.
JOHOR BAHRU: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor menafikan dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan berkaitan pembaikan air tandak seperti dilaporkan sebuah portal berita pada Rabu.
Jakoa Johor dalam kenyataan memaklumkan kampung itu telah menerima bekalan air pelbagai sumber (tube well) yang dibangunkan oleh Jakoa, malah jabatan itu juga sedang menaik taraf sistem bekalan elektrik di sistem rawatan air di kampung berkenaan.
Menurut Jakoa Johor kontraktor penyelenggaraan juga telah melantik Tok Batin Ahcai untuk menyelia sistem berkenaan setiap hari dengan bayaran RM400 setiap bulan bagi memastikan sistem rawatan air beroperasi dengan baik.
"Jakoa Johor ingin memperbetulkan salah tanggapan berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan.
"Kampung tersebut telah menerima bekalan air pelbagai sumber yang dibangunkan oleh Jakoa dan bekalan air tandak sedia ada telah dibangunkan sendiri oleh penduduk kampung yang diketuai Tok Batin Ahcai, bertujuan untuk kegunaan mereka," menurut kenyataan itu.
Jakoa Johor memaklumkan penduduk terbabit juga menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 daripada kontraktor penyelenggaraan sistem rawatan air bagi membaik pulih sistem tandak itu.
"Jakoa sentiasa memastikan penduduk Kampung Orang Asli Selai tidak ketinggalan daripada menerima pembangunan seperti perkampungan Orang Asli Johor yang lain.
"Kampung Orang Asli Selai mempunyai 64 ketua keluarga dengan jumlah penduduk seramai 226 orang. Kampung itu dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik TNB, jalan premix serta bekalan air daripada pelbagai sumber," menurut kenyataan itu.
Semalam portal berkenaan melaporkan penduduk Kampung Orang Asli Selai terpaksa menggunakan kayu dan batu dalam usaha membaiki paip serta kolam takungan (tandak) air mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKOA
#Orang Asli
#bekok
#pembaikan air tandak
#Johor
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan