KUALA LUMPUR: Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) dan Yayasan Sime Darby (YSD) meneruskan usaha untuk mengurangkan bebanan ekonomi yang dihadapi oleh pekerja seni budaya sepanjang pandemik COVID-19, melalui Program Bantuan Makanan Artis 2021.
Program Bantuan Makanan Artis ini dimulakan pada Mei 2020 untuk membantu pekerja seni budaya Malaysia terutamanya golongan seni persembahan, seni visual, muzik independen dan kraf, di mana pendapatan mereka terjejas disebabkan penutupan sektor dan sekatan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan pertama (MCO 1.0).
Bagi tahun ini, program ini diteruskan dan sebanyak 1,500 permohonan telah diterima dari komuniti seni budaya.
Program ini disokong oleh YSD dengan dana yang sepadan yang diperuntukkan oleh Kerajaan di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
Setiap penerima diberi baucar runcit bernilai RM160 (untuk pemohon yang masih bujang) dan RM220 (untuk mereka yang mempunyai keluarga).
Fasa pertama dilancarkan pada bulan Jun untuk pekerja seni budaya di kawasan Lembah Klang diikuti oleh Perak dan Pulau Pinang.
Fasa kedua berlangsung pada bulan Julai, merangkumi penerima di Sabah, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. CENDANA dan Yayasan Sime Darby kini dalam proses penyelarasan fasa terakhir yang bakal bermula pada 16 Ogos 2021 dan akan diperluaskan ke negeri Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkesempatan bertemu dengan enam penerima Program Bantuan ini di Lotus Cheras.
Dalam sesi tersebut, Tengku Zafrul memperoleh maklum balas dan input daripada para penerima bantuan, bagaimana Kerajaan dapat meringankan lagi cabaran yang dihadapi oleh pekerja seni budaya.
"Kerajaan telah menyediakan banyak inisiatif untuk menyokong sektor seni budaya di bawah pelbagai pakej bantuan kewangan dan rangsangan ekonomi seperti PENJANA dan PERMAI.
"Namun, sudah pastinya terdapat ruang bagi organisasi seperti Yayasan Sime Darby untuk memberi sumbangan kepada mereka yang terkesan oleh pandemik ini.
"Saya memuji dan menghargai penglibatan Yayasan Sime Darby dan mengharapkan juga organisasi lain bakal mengikut jejak Yayasan ini," kata Tengku Zafrul.
Pengerusi MyCreative Ventures, Azmi Mat Said pula berkongsi, tiada sangsi lagi, seni budaya akan tetap menjadi elemen penting yang dapat menyatukan rakyat Malaysia.
“Untuk seni budaya mencapai matlamat ini, kami berharap dapat menempatkan industri kreatif secara keseluruhan, di atas landasan pemulihan melalui MyCreative Ventures dan CENDANA.
“Peranan melindungi perniagaan dan pekerjaan, mengekalkan dan menghidupkan kembali kemahiran dan bakat bakal diperkukuhkan lagi dengan transformasi kumpulan MyCreatives ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dalam industri ‘orange economy’.”
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Dr Yatela Zainal Abidin semenjak tahun lalu, YSD telah bekerjasama dengan CENDANA untuk memberi bantuan yang sangat diperlukan dalam bentuk baucar runcit kepada individu dari sektor seni budaya yang terkesan oleh pandemik COVID-19.
"Seni Budaya adalah salah satu tonggak penting YSD dan kami menyaksikan impak pandemik ini ke atas rakan dan benefisiari kami serta kesan mendalam terhadap industri seni budaya.
"Melalui kerjasama yang amat bermakna dengan CENDANA, YSD telah memberi komitmen sebanyak RM355,600 setakat ini untuk membantu lebih daripada 1,600 individu di seluruh negara, termasuk mereka di Sabah dan Sarawak, ” tambah Yatela
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, Puan Izan Satrina turut berkongsi, Laporan CENDANA Impak COVID-19 mengenai Sektor Seni Budaya pada tahun 2020, 92% penggiat seni budaya dan pekerja pentadbiran telah menghadapi impak yang teruk di mana 70% kehilangan sebahagian besar atau keseluruhan pendapatan mereka.
Memandangkan cabaran ini ujar beliau, Program Bantuan Makanan Artis yang merupakan kolaborasi amat bermakna di antara CENDANA dan Yayasan Sime Darby, telah diperkenalkan untuk memberi sokongan kepada warga seni yang amat terkesan.
“CENDANA tetap komited untuk menyokong pemulihan sektor seni budaya negara.
"Sehingga kini, kami telah meluluskan dana untuk kira-kira 1,000 penerima manfaat tempatan, mewujudkan peluang pekerjaan untuk lebih daripada 11,000 rakyat Malaysia dan mempertingkatkan kemahiran lebih daripada 13,000 penggiat industri sejak kami mula beroperasi pada lewat tahun 2017.
“Pada bulan April 2021, CENDANA telah meluluskan RM10 juta untuk 525 penerima manfaat di samping mencipta lebih daripada 3,000 peluang pekerjaan di kalangan penggiat seni.
Di samping itu juga, melalui peruntukan Bajet 2021, kami juga telah mewujudkan lebih dari 2,000 peluang pekerjaan setakat ini.
Program dan inisiatif CENDANA bertumpu kepada komuniti yang agak luas - dari artisan, tukang kraf, pengeluar kraf, ‘buskers’, penyanyi veteran, kru teknikal, pekerja produksi, pelakon, penari dan lain-lain.
Untuk bantu mengenal pasti dan menyebarkan maklumat mengenai Program Bantuan Makanan Artis ini, persatuan dan badan seperti Penang Arts District (Penang), PORT Ipoh (Perak), Persatuan Seni Persembahan Sabah, SPArKS (Sabah), Sarawak Digital Economy Corporation Bhd, SDEC (Sarawak), PUSAKA (Kelantan), Duyong Arts Community (Terengganu), dan Persatuan Seni Budaya Indera Mahkota (Pahang) telah tampil untuk memberi sokongan mereka.
Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sun Aug 08 2021
Tengku Zafrul turut sama memilih makanan untuk program CENDANA-YSD di pasar raya Lotus, Cheras pada Sabtu. -Foto Dagang News
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Pengurusan jenazah suspek serangan balai polis tidak boleh dilakukan di masjid, surau
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor putuskan pengurusan jenazah suspek insiden serangan balai polis Ulu Tiram dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
Garis panduan penapisan filem baharu diperkenal
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan pada Isnin bagi memastikan penggiat seni menghasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif melibatkan masyarakat negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Geran Cendana RM10 juta diluluskan sepenuhnya - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata geran itu adalah sebahagian daripada RM225 juta yang diperuntukkan melalui MyCreative Ventures Group untuk meningkatkan daya tahan ekonomi kreatif.
Prisma: Lebih 9,000 penggiat seni kreatif peroleh manfaat - Saifuddin Abdullah
Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) menyediakan 32 program yang memanfaatkan lebih 9,000 penggiat seni kreatif yang terjejas.
Kolaborasi CENDANA-Yayasan Sime Darby sediakan bantuan kepada penggiat seni
Bagi tahun ini, program ini diteruskan dan sebanyak 1,500 permohonan telah diterima dari komuniti seni budaya.
Penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia demi masa depan industri muzik tempatan - Saifuddin
Kertas kerja tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan.
Inisiatif RM10 juta Cendana: Lebih 3,000 artis, pekerja budaya bakal terima manfaat
Penerima yang berjaya menerima jumlah geran serendah RM3,500 hingga RM150,000, bergantung kepada permohonan dan program pemohon.
PM Najib lancar Cendana, pacu pertumbuhan sektor seni budaya negara
Cendana ditadbir oleh Jawatankuasa Penasihat Eksekutif yang memantau pembangunan dan pelaksanaan strategi korporat.