awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolam takungan banjir bawah tanah akan dibina tahun depan atasi banjir di KL

Bernama
Bernama
19/11/2015
15:28 MYT
Kolam takungan banjir bawah tanah akan dibina tahun depan atasi banjir di KL
Kolam yang bersaiz 110 meter panjang dan 90 meter lebar itu mampu menampung 10,000 meter padu air hujan dalam satu masa, dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2016.
Sebuah kolam takungan banjir bawah tanah akan dibina di Segambut tahun depan dengan kos RM4.5 juta. Datuk Bandar Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata kolam yang bersaiz 110 meter panjang dan 90 meter lebar itu mampu menampung 10,000 meter padu air hujan dalam satu masa, dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2016.
"Kolam itu akan dibuat di bawah tanah. Ini adalah teknologi baharu ekoran kita kini mengalami masalah kekurangan tanah di ibu kota.
"Sekarang ini kita ada 14 kolam takungan banjir di sekitar ibu kota," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2016 di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak RM670.3 juta diperuntukan dalam bajet itu menerusi Program Penyelenggaran Jalan Raya dan Saliran, yang akan memberi keutamaan bagi melaksanakan projek pembesaran, penyelenggaraan dan pembersihan longkang di sekitar ibu kota. Mhd Amin berkata antara faktor yang menyebabkan banjir di Kuala Lumpur adalah longkang yang tidak dapat menampung kapasiti air ketika hujan lebat.
Melalui bajet itu, DBKL juga memperuntukan lebih RM500 juta bagi menaik taraf jalan raya untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan dan perhubungan di kawasan ibu kota dari semasa ke semasa.
Sebanyak RM2.72 bilion juga diperuntukan bagi menyediakan perkhidmatan perbandaran dan tadbir urus demi kesejahteraan kira-kira 1.7 juta warga kota.
Topic Berkaitan
#DBKL
#kolam takungan
#Mhd Amin Nordin Abd Aziz
#Segambut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan