awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolej KEDA tawar tukar minyak enjin motosikal secara percuma sempena Jelajah AKM Kedah

Bernama
Bernama
31/08/2022
22:53 MYT
Kolej KEDA tawar tukar minyak enjin motosikal secara percuma sempena Jelajah AKM Kedah
Sebahagian kontraktor dan urusetia sedang melakukan persiapan bagi penganjuran Jelajah AKM Kedah yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Darul Aman selama tiga hari bermula Jumaat ini. --fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman mulai 2 Sept hingga 4 Sept ini berpeluang menukar minyak enjin motosikal secara percuma anjuran Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Pengurus Besar KEDA Datuk Kamarudin Abd Akib berkata Kolej KEDA menganjurkan Program Tukar Minyak Enjin Motosikal pada 3 Sept dan 4 Sept sempena Jelajah AKM Kedah yang berobjektif sebagai latihan kepada pelajar dari sudut teknikal pembelajaran teknologi motosikal selain khidmat komuniti.
"Ia juga untuk membudayakan nilai berkhidmat kepada masyarakat berdasarkan kemahiran dan kekuatan yang dimiliki pelajar itu sendiri," katanya kepada Bernama selepas mengiringi Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid membuat tinjauan akhir persiapan jelajah itu semalam.
Kamarudin berkata seramai 10 pelajar teknologi motosikal dari Kolej KEDA akan terlibat dalam program berkenaan dengan sasaran 100 motosikal dapat dibantu untuk ditukarkan minyak enjin itu.
"(Pelajar) Kolej KEDA akan menukar minyak enjin motosikal sebanyak 50 buah pada setiap hari bagi kedua-dua hari aktiviti dijalankan sekali gus program ini akan memberi manfaat kepada 100 buah motosikal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKM Kedah
#Kolej KEDA
#tukar minyak enjin motosikal
#pelajar teknologi motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan