TANGGAL 19 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan konsep pentadbiran Malaysia MADANI yang menjadi kerangka dasar bagi memartabatkan semula Malaysia sebagai sebuah negara makmur dan dihormati.
Ketika awal diperkenalkan, wujud perdebatan berhubung isu pemilikan idea, malah tidak kurang juga ada yang mengkritik pemilihan gagasan itu.
Mungkin kerana asal perkataan Madani itu sendiri sinonim dirujuk kepada negara Madinah dengan teladannya daripada kepemimpinan Rasulullah SAW, menyebabkan pemilihan konsep pentadbiran Kerajaan Perpaduan itu menjadi pertikaian banyak pihak.
Malah ketika itu, ada mendakwa konsep Malaysia MADANI diperkenalkan Perdana Menteri tidak 'cocok' selain menyifatkannya sebagai luar tabii kerana tidak sesuai dengan imej Kerajaan Perpaduan.
Antara alasannya, Kerajaan Perpaduan turut didukung DAP dan kelompok yang didakwa berfahaman liberalisme sekali gus tidak menepati ciri-ciri MADANI yang bersifat Islamisasi.
Walaupun menerima pelbagai kritikan, Perdana Menteri tidak memilih untuk menoleh ke belakang kerana yakin acuan Malaysia MADANI diperkenalkan akan diterima sekiranya semua pihak memahami serta jelas dengan hala tuju gagasan itu.
Hakikatnya, Malaysia MADANI diperkenal Anwar dipilih khusus sebagai identiti pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang mencerminkan identiti gagasan serta hala tuju yang ingin digariskan.
Sudah menjadi lumrah biasa kepada mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang memperkenalkan konsep pentadbiran masing-masing sebagai garis panduan dalam era pentadbiran mereka.
Sebagai contoh, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempromosikan 'Keluarga Malaysia'; Tan Sri Muhyiddin Yassin pula melalui 'Kerajaan Prihatin'; Datuk Seri Najib Razak memperkenal gagasan '1 Malaysia' dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui 'Islam Hadhari'.
Jika diselidik dari aspek istilah, Madani itu sendiri berasal daripada perkataan Arab iaitu 'Madinah’ yang bermaksud kota atau bandar yang teratur dan bersistem sekali gus memungkinkan kemajuan dan keamanan berlaku.
Sementara, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula memberi definisi 'madani' sebagai maju daripada segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan serta usaha membentuk masyarakat dengan menyemaikan nilai-nilai murni.
Hakikatnya, konsep berteraskan Madani itu sendiri bukan sesuatu yang baharu dan asing bagi Anwar. Sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 26 September 1995, beliau sudah mula memperkenalkan istilah 'Masyarakat Madani' ketika menyampaikan pidato dalam Forum Ilmiah Festival Istiqlal di Jakarta, Indonesia.
Antara dirungkai Anwar melalui 'Masyarakat Madani' ketika itu adalah sistem sosial yang subur diasaskan pada prinsip moral untuk menjamin keseimbangan dan kebebasan individu dengan kestabilan masyarakat.
Kini, selepas 28 tahun berlalu, sudah tentu aura Madani yang dibawa diberi suntikan lebih segar dan kontemporari, sesuai dengan tuntutan era semasa.
Enam teras digariskan iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan juga memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan ia dicerakin sebagai kerangka dasar serta falsafah yang berkait rapat serta bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain.
Sebelum ini berlaku banyak kelemahan dari segi tata kelola terutamanya rasuah yang berleluasa, isu kemiskinan, gejala sosial dan kemusnahan alam sekitar. Maka konsep ini menekankan aspek tata kelola dalam pelaksanaan terhadap dasar sedia ada mendepani kemelut politik dan ekonomi negara.
Empat teras strategik
Malaysia MADANI bertunjangkan empat teras strategik utama iaitu membina semula ekonomi; menjamin kesejahteraan insan; reformasi institusi demokrasi dan perundangan serta mewujudkan pentadbiran beramanah.
Menerusinya, empat teras strategik Malaysia MADANI dirangka termasuk pembinaan semula ekonomi melalui pendekatan human economy; menjamin kesejahteraan insan; melaksanakan reformasi institusi demokrasi dan perundangan serta mewujudkan pentadbiran beramanah.
Kerajaan Perpaduan juga memberi jaminan bahawa konsep Malaysia MADANI diilhamkan berdasarkan kesediaan menerima perubahan dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.
Malah, ketika menyampaikan amanat 'Membangun Malaysia MADANI' pada Januari lalu, Perdana Menteri menyeru semua pihak khususnya barisan Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam supaya menerapkan Madani dalam urusan pentadbiran.
"Saya menaruh keyakinan tinggi Malaysia berupaya diangkat semula di persada dunia sebagai negara yang kukuh dan kuat. Kita tidak mahu Malaysia tercemar dengan skandal, permasalahan dan pertelingkahan kaum dan agama.
"Kita mahu Malaysia ini dikenali sebagai negara Madani yang mampu diangkat martabat negaranya. Salah satu negara yang harus dikenali sebagai negara makmur, adil dan menolak sebarang sebarang kezaliman terhadap individu atau kaum," kata Perdana Menteri.
Dapat dirumuskan bahawa, acuan Malaysia MADANI amat mementingkan nilai manusiawi dengan nilai rakyat diletakkan sebagai asas utama dalam memajukan negara dan ia tidak bersifat terasing.
Tidak hairanlah, dalam kerangka Malaysia MADANI, Kerajaan Perpaduan bertekad untuk membebaskan rakyat daripada cengkaman kemiskinan dalam sistem kapitalisme yang menyebabkan jurang kekayaan dan taraf hidup masyarakat semakin melebar.
Kerangka dasar Malaysia MADANI adalah falsafah pembangunan yang holistik dan menyeluruh berpandukan keprihatinan etika dan sosial serta berasaskan prinsip keadilan dan kebajikan.
Usaha Kerajaan Perpaduan itu patut disokong pada setiap peringkat dengan tumpuan sepatutnya diberikan terhadap usaha membawa manfaat konsep Malaysia MADANI kepada rakyat.
Hakikatnya, Malaysia MADANI bukanlah satu gagasan kerdil, sebaliknya tekad Kerajaan Perpaduan untuk melahirkan masyarakat yang maju, terampil dan terangkum.
Justeru, Malaysai MADANI itu hendaklah diterjemah dalam bentuk realiti secara total melalui pelaksanaan yang bersungguh-sungguh dan tekad politik yang sebenar.
Perdana Menteri juga percaya konsep Malaysia MADANI ini akan kekal relevan dan direncanakan sebagai satu tekad untuk menyelamatkan negara serta mencipta lonjakan baharu buat Malaysia.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Mon Nov 13 2023
Kerangka dasar Malaysia MADANI adalah falsafah pembangunan yang holistik dan menyeluruh berpandukan keprihatinan etika dan sosial serta berasaskan prinsip keadilan dan kebajikan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Kerajaan akui wanita mainkan peranan penting dalam memacu kemakmuran
Kerajaan komited meletakkan kepentingan pemerkasaan wanita dan kemajuan rakyat menerusi konsep Malaysia MADANI.
Program MADANI Rakyat: Pengurangan kadar saman trafik hanya bagi kesalahan terpilih
Pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program, tertakluk pada terma dan syarat.
Bayaran insentif awal dorong penjawat awam bina Malaysia MADANI
Ia akan menjadi pendorong kepada penjawat awam untuk bekerja sebagai satu pasukan bagi membina Malaysia MADANI.
Tol percuma sempena Krismas pada 23, 26 Disember
Pengguna lebuh raya diberi kemudahan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Disember sempena cuti sambutan Krismas.
Ahli Kabinet BN diharap wujudkan kolaborasi efektif dengan ahli Kabinet lain - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap ahli-ahli Kabinet Barisan Nasional mewujudkan kolaborasi yang efektif dengan ahli Kabinet lain.
PM mahu penjawat awam teruskan prestasi cemerlang ke 2024
Anwar berkata, nilai-nilai baik yang mendasari Malaysia MADANI, mampu mengangkat martabat dan darjat negara.
Anwar rasmi penutup program Setahun Bersama Kerajaan Madani
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.
COVID-19 dijangka terus meningkat, tetapi masih terkawal - Dr Zaliha
KKM menggalakkan rakyat untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.