30 Jun setiap tahun didedikasikan sebagai Hari Parlimen Antarabangsa atau The International Day of Parliamentarism. Ia mengiktiraf peranan signifikan parlimen dalam membentuk masyarakat moden selain daripada fungsinya untuk mewakili suara rakyat yang rencam, menggubal undang-undang dan polisi.
Di Malaysia, Parlimen yang kali pertama bersidang pada 11 September 1959 menjadi salah satu entiti badan perundangan dalam ekosistem pentadbiran kerajaan yang penting di samping eksekutif dan badan kehakiman sebagaimana yang termaktub pada artikel 44 Perlembagaan Persekutuan.
Tidak syak lagi bahawa Parlimen merupakan sebuah badan penting yang perlu dirakyatkan dan dibumikan agar tidak dilihat terlalu elit dan eksklusif untuk wakil rakyat sahaja. Langkah utama untuk dilihat lebih merakyat adalah dengan menjadikan Parlimen sebagai institusi bebas yang mempunyai pentadbiran dan pengurusan kewangan tersendiri yang terpisah daripada badan eksekutif. Ini boleh direalisasikan dengan mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen yang pernah wujud suatu ketika dahulu pada 1963 sebelum dimansuhkan kemudiannya pada 1992. Cadangan ini juga merupakan salah satu agenda pembaharuan Parlimen yang perlu diberikan keutamaan memandangkan sudah termetrainya persepakatan antara pihak Kerajaan dengan Pakatan Harapan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.
Dengan kebebasan dan kemandirian yang dikecapi Parlimen kelak, bukan sahaja ia membolehkan mempunyai pentadbiran dan pengurusan kewangan sendiri bahkan ia akan memperkasakan lagi aspek penyelidikan dan sesi libat urus bersama masyarakat ke seluruh pelusuk Malaysia.
Bertepatan dengan tema sambutan Hari Parlimen Antarabangsa 2022 iaitu “Parlimen dan Penglibatan Awam” maka sudah sampai masanya agenda ini diperkasa dan diberikan keutamaan.
Sebenarnya, agenda merakyatkan Parlimen ini telah pun berlaku sebelum ini seperti lawatan ke Parlimen, sesi-sesi perbincangan melibatkan masyarakat awam di Parlimen dan sidang Parlimen Belia namun ia dilihat dalam skop yang kecil sedangkan agenda merakyatkan Parlimen perlu dilihat dalam skop yang lebih luas dan mengakar.
Inter-Parliamentary Union (IPU) dan United Nations Development Programme (UNDP) telah mengeluarkan laporan yang menarik bertajuk Global Parliamentary Report 2022, Public Engagement in the Work of Parliament di mana ianya melaporkan kajian kes di beberapa buah negara seperti United Kingdom, Fiji, Brazil dan Afrika Selatan mengenai usaha dan inisiatif parlimen mendekati dan merakyatkan institusi ini agar benar-benar dilihat dekat dengan jiwa nurani rakyat. Ia turut menyediakan panduan dan strategi praktikal bagi pihak parlimen dan ahli parlimen mendekati masyarakat sivil.
Menurut laporan ini, strategi agar parlimen dilihat sangat dekat dengan masyarakat sivil bukan sekadar menjemput masyarakat awam melawat dan menghadiri sesi sewaktu parlimen bersidang bahkan sehingga parlimen mewujudkan jawatankuasa khas bagi mendekati dan mendengar suara langsung masyarakat awam akar umbi, belia bahkan pelbagai kelompok rentan. Parlimen harus dilihat benar-benar mesra rakyat dan dilihat memperjuangkan setiap suara rakyat tanpa seorang pun ketinggalan mahupun ditinggalkan.
Tugasan ahli parlimen mendekati dan melibaturus rakyat di akar umbi dalam erti kata mendengar rintihan dan permasalahan mereka mesti dianggap sebagai constitutional obligation. Tidak semua rakyat yang mampu melawat parlimen kerana sesetengahnya adalah golongan yang tidak berkemampuan dan tinggal jauh di ceruk kampung dan pedalaman, justeru aktiviti temu seru atau outreach sangat-sangat penting dan sudah pastinya dihargai oleh mereka.
Parlimen juga wajar menjadi institusi pendidikan yang mendidik rakyat khususnya belia bagi memberikan kesedaran bahawa pentingnya institusi ini dalam membawa suara dan membela nasib serta masa depan mereka. Ia juga terkait dengan mendidik anak muda khususnya yang berumur 18-21 tahun tentang bernilainya satu undi mereka untuk masa depan mereka sendiri. Parlimen mampu menjadi medium pembelajaran informal yang berkesan dan interaktif sebagaimana muzium dan lapangan terbang jika benar benar direalisasikan. Namun hal yang sebaliknya berlaku bila belia dan rakyat melihat Parlimen sebagai hanya sekadar medan pertikaman lidah dan persembahan sarkis yang membosankan dan bukannya perbahasan intelektual yang mencerdaskan minda dan jiwa dan menyelesaikan permasalahan rakyat.
Selari dengan sambutan Hari Parlimen Antarabangsa ini, Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM) juga telah menganjurkan wacana awam secara atas talian sesuai dengan tema pada tahun ini. Ahli panel yang terdiri daripada YB Amira Aisya (ADUN Puteri Wangsa), YB Dato’ Mohd Imran bin Tamrin (ADUN Sungai Panjang) dan Afiq Mohd Noor (Aktivis Masyarakat) secara dasarnya bersetuju sudah sampai masanya institusi Parlimen memperkasakan lagi penglibatan rakyat di dalam proses undang-undang di Parlimen Malaysia, khususnya golongan belia, penduduk luar bandar dan kelompok rentan.
Usaha merakyatkan Parlimen Malaysia turut disentuh oleh mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ariff Yusof lewat tulisan beliau dalam bukunya bertajuk Parliament Unexpected. Beliau menghimbau bagaimana lawatan pertama kali beliau ke Parlimen pada sekitar 1968 ketika di bangku tingkatan 6 membuka mata beliau untuk meminati politik dan undang-undang. Himbauan ini menggerakkan iltizam beliau untuk benar-benar merakyatkan Parlimen Malaysia ketika penggal singkat beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat. Tan Sri Ariff ternyata merupakan persona yang walk the talk dengan merealisasikannya di mana Parlimen menjadi medan yang sangat dekat dengan masyarakat sivil dengan pelbagai sesi libat urus, seminar, wacana intelektual dan perbincangan.
Perkara ini diharapkan oleh Tan Sri Ariff diteruskan oleh pengganti beliau Tan Sri Azhar Azizan Harun namun disebabkan pandemik dan ketidakstabilan politik menyebabkan agenda ini tergendala sehingga MoU Transformasi dan Kestabilan Politik diharapkan memberikan semula nafas baharu terhadap agenda ini.
Model Kumpulan Merentas Parti di Parlimen (APPG) berkenaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) juga wajar diperluaskan kepada tema-tema besar yang lain. Model APPG sangat baik apabila melibatkan gabungan sekumpulan ahli parlimen dan pemimpin masyarakat sivil yang turut ke kawasan-kawasan parlimen mendengar dan cuba menyelesaikan permasalahan rakyat. Penulis sendiri pernah mencadangkan agar APPG hak ehwal belia ditubuhkan bagi merapatkan pemimpin belia dengan kaukus ahli parlimen muda bagi memfokuskan menangani isu-isu generasi muda.
Usaha merakyatkan parlimen ini juga wajar diperluaskan di semua dewan legislatif di negeri-negeri iaitu dewan undangan negeri (DUN). Fokus kepada mendidik generasi muda harus diberikan penekanan dengan menjadikan parlimen dan DUN merupakan tempat pembelajaran informal dan interaktif dengan memperlengkapkannya dengan galeri awam moden, terbitan bahan bacaan berkaitan, penganjuran wacana dan sekolah demokrasi, sesi lawatan dan berkenalan dengan ahli parlimen dan ADUN serta paling penting ditekankan oleh laporan khas IPU dan UNDP ialah mekanisme mendekati masyarakat sivil di akar umbi sama ada secara fizikal mahupun secara maya. Anak muda sangat sinomim dengan media sosial, justeru suatu strategi dan kempen khas perlu dirangka bagi merapati mereka dengan menggunakan pelbagai medium media sosial yang sedia ada seperti TikTok, Instagram dan sukan elektronik.
Seperkara lagi, perkara menarik yang dilaporkan dalam laporan khas IPU dan UNDP ini adalah masyarakat akan berasa dekat dengan parlimen apabila wakil rakyat yang mewakili mereka tersebut datang daripada kelompok mereka sendiri. Oleh itu, untuk merapatkan generasi muda dengan parlimen dan DUN mereka strategi yang paling ampuh ialah dengan meramaikan lagi ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN muda dalam dewan pada sesi yang akan datang.
Dengan iltizam dan kesungguhan semua pihak terutamanya pemerintah, maka Parlimen Malaysia akan dilihat sebagai institusi bebas yang sangat mesra rakyat dan dapat diharapkan membela semua lapisan masyarakat bersesuaian dengan tema Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), No one left behind!
* Jufitri Joha merupakan Felo Utama Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Jufitri Joha
Wed Jul 06 2022
Dengan iltizam dan kesungguhan semua pihak terutamanya pemerintah, Parlimen Malaysia akan dilihat sebagai institusi bebas yang sangat mesra rakyat. - Gambar hiasan/Astro AWANI
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.
Kenaikan premium insurans, kewujudan Titah Adendum antara tumpuan di Parlimen hari ini
Isu-isu ini dijangka dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan Perdana Menteri (PMQ).
Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Perkara berkaitan situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ganabatirau minta menteri nyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.
Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2025
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.
Kolaborasi sektor swasta penting untuk capai karbon sifar 2050
Kerjasama sektor swasta adalah penting kepada komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.